top of page

MB Sanusi sila buktikan MBI Kedah pindah dana RM13 juta ke Kanada - AMK



Pendedahan Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor terdapat penyelewengan di dalam Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah semalam perlu disertakan bukti yang kukuh.


Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Aizuddin Ariffin, MB Kedah tidak boleh berlepas tangan selepas dakwaan dibuat ke atas kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau BN sebelum ini melibatkan sejumlah amaun RM13 juta didakwa dihantar ke satu akaun berpangkalan di Kanada, sewaktu di bawah pentadbiran MB Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Kata Aizuddin, umum mengetahui MBI merupakan salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri yang telah diasaskan melalui Enakmen Perbadanan Menteri Besar, Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 22 Ogos 1988. Oleh itu, sebarang salah tadbir akan dipertanggungjawabkan ke atas kerajaan yang memerintah ketika itu.


"Sebarang bentuk perniagaan, operasi, amalan pengurusan, transaksi dan tadbir urus korporat, rakyat Kedah berhak untuk mengetahui apa yang berlaku.


"Saya cuba menghubungkaitkan antara MBI Kedah dengan mana-mana projek atau pelaburan di Kanada, namun mengikut pencarian tiada sebarang maklumat diperolehi. Tambahan pula, YB Mukhriz Mahathir tidak tahu menahu mengenai isu itu dan menganggap tohmahan yang dibuat oleh Menteri Besar sebagai sesuatu yang serius.


"Oleh itu, saya menggesa Menteri Besar mendedahkan butiran terperinci mengenai pendedahan dibuat beliau berkenaan transaksi wang MBI Kedah berjumlah RM 13 Juta kepada rakyat negeri Kedah. Butiran ini perlu dibuktikan oleh Menteri Besar untuk mengelakkan sebarang spekulasi di kalangan rakyat," katanya.


Tambah Ketua Penerangan AMK Malaysia itu lagi, rakyat Kedah berhak dimaklumkan apakah tujuan transaksi berkenaan dibuat. Kepada siapa? Sama ada syarikat atau orang perseorangan dan siapa harus dipertanggungjawabkan.


Selain itu, katanya, dakwaan mengenai kerajaan negeri terpaksa membayar wang sebanyak RM1.3 juta untuk pembelian kuih raya bersama sama beg juga sesuatu yang di luar batasan yang perlu dikemukakan bukti kukuh.


"Jika kes- kes ini dilihat punya kekuatan, saya menggesa MB Sanusi untuk membuat laporan polis dan memanggil SPRM membuat siasatan. Ini bukan soal isu lama atau isu baru, namun ianya soal integriti dan ketelusan.


"Saya mengingatkan Menteri Besar agar tidak bersikap baling batu sembunyi tangan. Jangan sesekali cuba jadikan isu transaksi wang MBI Kedah ini mengalih perhatian rakyat dalam isu judi yang akhirnya memakan diri. Wajah sebenar pemimpin Pas bila punya kuasa dapat dilihat oleh rakyat. Senyap seribu bahasa," katanya.


Untuk rekod, Mukhriz Mahathir pernah menjadi MB pada dua era, BN dan PH. Bagaimanapun Mb Sanusi dalam pendedahannya tidak menyebut dengan tepat bilakah tarikh pemindahan wang berkenaan dibuat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page