top of page

MB Sanusi maklum kecurian REE tetapi enggan bertindak - Saifuddin



Pendedahan mengenai operasi lombong haram unsur nadir bumi atau REE di Hutan Simpan Bukit Enggang, Kedah semakin panas.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media tengah hari tadi mendedahkan bukti terbaharu bahawa Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor telah melawat tapak perlombongan berkenaan. maklum apa yang terjadi namun tiada tindakan dibuat oleh pihak penguatkuasaan Kerajaan Negeri selepas itu.


"19 Februari 2023 MB telah pun melawat kawasan lokasi lombong haram di Hutan Simpan Bukit Enggang.


"Ada lawatan kalau kita tengok foto yang diambil. Seawal 19 Februasi tahun ini lagi dia tengok sendiri bagaimana kemusnahan kawasan, carigali secara intensif dilakukan melibatkan kawasan demikian luas. Namun dari situ tiada tindakan diambil oleh beliau usai lawatan ke lokasi kejadian.


"Beliau terus menafikan, bahawa beliau tak ada maklumat mengenai kejadian. Ini sebenarnya menimbulkan kebimbangan serius mengenai isu ketelusan dan akauntabiliti," katanya.



Dalam pendedahan itu juga, Setiausaha Agung KEADILAN itu mempersoalkan tindakan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Kedah yang tidak melakukan apa apa sedangkan, dakwa Saifuddin, pengarah itu sendiri salah seorang panel penasihat Menteri Besar Incorporated (MBI) yang terkait secara langsung dengan syarikat yang menggarap lombong haram berkenaan.


"Beliau juga Ahli Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri Kedah. Iaitu pihak berkuasa yang bertanggungajwab menyiasat perkara yang berkaitan Enakmen Mineral Kedah 2004.


"Saya telah meneliti beberapa enakmen tersebut. Didapati isu ini sangat serius namun tiada kertas siasatan dibuka menangani perlombongan haram dan kecurian berterusan di hutan simpan. Kesan kecurian REE ini melampaui kebimbangan alam sekitar juga ia membawa risiko ekonomi yang besar.


"Adalah penting mereka yang diberi amanah menegakkan undang undang melindungi sumber semulajadi Kedah. Rakyat Sik berhak mendapat jaminan bahawa sumber semulajadi mereka dilindungi dan langkah tegas diambil terhadap sesiapa yang terbabit dalam aktiviti haram.


"Manfaat REE ini harus disalur semula ke negeri Kedah, Malaysia dan rakyat untuk memastikan pembahagian adil dan saksama," katanya.


Selain itu, Saifuddin turut membongkar isu seorang warga China yang telah menghilangkan diri bernama So Loi Fat yang menjadi pemegang saham di sebuah syarikat berkaitan MBI dan telah ditangkap awal tahun lalu kerana melombong REE secara haram.


Kata Saifuddin lagi, MB Sanusi tidak perlu berdolak dalik kononnya tidak mempunyai maklumat sedangkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati So Loi Fat itu adalah salah seorang pemegang saham anak syarikat kepada syarikat Kerajaan Negeri, dan tentu sekali semua aktiviti di kawasan eksplorasi berkenaan dilaporkan kepada pihak yang lebih atas dalam Kerajaan Negeri .

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page