top of page

MB Sanusi digesa contohi sikap terbuka Kelantan, Terengganu



Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari menggesa Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencontohi sikap kerajaan Kelantan dan Terengganu yang menyambut baik penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar secara baik menerima penganjuran majlis itu dan dilihat rakyat lebih memahami serta menghayati semangat kebersamaan pada bulan Syawal.


"Sanusi seharusnya faham bahawa kedatangan Syawal adalah berkaitan dengan kemaafan dan bukannya pergaduhan.


"Kalau dulu semua asyik bertumpu di Lembah Klang, kali ini Perdana Menteri meraikan semua terutamanya yang jauh ‘nun’ di utara dan Pantai Timur.


"Sebagai anak Kedah, memang saya seronok sangat apabila ada pengumuman rumah terbuka Perdana Menteri dibawa sampai ke negeri ini. Bukan apa, baru sekaranglah anak Kedah ini rasa disambut serta tidak dipinggirkan," katanya melalui ciapan di Twitter.


Muhammad Sanusi sebelum ini terus menyerang pentadbiran Anwar apabila mendakwa penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Selangor hanyalah satu program kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.


Katanya penganjuran rumah terbuka itu tidak wajar diadakan kerana menelan belanja tinggi yang bertentangan dengan langkah penjimatan Kerajaan Persekutuan.


Kerajaan Negeri Kelantan berbeza pandangan apabila menyatakan langkah mengadakan rumah terbuka di negeri berkenaan sebagai membuktikan kebersamaan antara Persekutuan dan negeri masih wujud.


Sementara itu, Mohammed Taufiq yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah turut mengecam Sanusi apabila mendakwa program ‘makan-makan’ bersama rakyat Malaysia dianggap sebagai kempen pilihanraya.


"Kalau datang Selangor makan dengan anak Kedah sampai buat cerita disingkirkan dari Majlis Kewangan Negara, itu barulah dikira sebagai berpolitik. Ini Perdana Menteri tak datang pun lagi, tetapi dah didakwa berkempen.


"Jamuan ini bukan untuk parti tertentu saja sebaliknya semua boleh datang tanpa mengira Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN)," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page