top of page

MB Samsuri sibuk, tidak boleh fokus kepada Kemaman - Mantan Exco Selangor



Sehari menjelang hari mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, mantan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari menasihatkan pengundi agar memilih calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai wakil rakyat pada 2 Disember ini.


Menurut beliau, calon Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar (MB) Terengganu tidak akan mampu menumpukan sepenuh perhatian kepada Kemaman kerana kesibukan tugas beliau.


"MB Terengganu yang kita maklum tugasnya sebagai MB itu sangat mencabar, sudah pasti dia tidak berkesempatan turun selalu ke kawasan ini.


"Pengalaman saya sendiri sebagai Exco sukar untuk memberi khidmat kepada kawasan yang seluas ini. Tak mungkin dia boleh khidmat (fokus) Kemaman berbanding jeneral yang sepenuh masa di Kemaman.


"Jadi pilihlah Ahli Parlimen yang punya kemampuan untuk berkhidmat," katanya.


Sebelum ini, MB Selangor Datuk Seri Amirudin Shari juga berkata jangan bandingkan beliau sebagai Ahli Parlimen Gombak kerana jarak kawasan itu dengan tempat persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hanya setengah jam berbanding Samsuri yang perlu berkendara selama 4 jam dari Kemaman.


Dr Yaakob juga berkata, tidak akan ada nilai tambah yang boleh dibawa oleh Samsuri ke Kemaman kerana beliau hanya akan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sedia ada berbanding Raja Affandi yang boleh membawa peruntukan Kerajaan Persekutuan.


"Kalau pilih Samsuri Ahli Parlimen tidak ada nilai tambah kawasan ini sebab dia sudah pun jadi MB Terengganu.


"Kita maklum banyak bantuan disediakan Kerajaan Persekutuan. Termasuk insfrastruktur terutama di Felda atau Felcra. Ini semua agensi Persekutuan dan mudah Persekutuan beri bantuan andai Ahli Parlimen (di sini selari dengan) Perksekutuan," katanya.


Selain itu, beliau mengharapkan pengundi di Kemaman menggunakan peluang terbaik esok hari untuk mewujudkan 'penghubung' di antara Persekutuan dengan Kemaman kerana 4 DUN di parlimen itu semuanya dimenangi Pas.


"Ia sangat penting untuk rakyat Terengganu dapat akses langsung kepada Kerajaan Persekutuan kerana kita maklum bahawa 4 DUN di sini di bawah Pas.


"Amat rugi kerana penduduk di sini kurang askes kepada bantuan dan maklumat Kerajaan Persekutuan. Banyak program, misalnya bantuan kebajikan dari Kerajaan Persekutuan," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page