top of page

MB Pahang perlu segera luluskan bantuan kecemasan banjir - Chean Chung



Keadaan banjir di Pahang yang semakin buruk memerlukan Menteri Besar (MB) Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail segera meluluskan bantuan kecemasan malapetaka banjir.


Bagi ADUN Semambu, Lee Chean Chung (gambar), kerajaan PN tidak perlu menunggu keadaan menjadi lebih buruk kerana jumlah mangsa banjir terkini telah pun mencecah 26,760 orang.


"Pengalaman saya melawat mangsa-mangsa banjir keadaan kebanyakan mereka agak membimbangkan. Wabak Covid 19 sejak awal tahun ini telah memburukkan keadaan ekonomi mereka, dengan banjir yang melanda lebih memudaratkan kehidupan mangsa-mangsa yang hilang harta, rumah dan adakalanya nyawa.


"Ini menjadikan krisis banjir kali ini satu krisis luar biasa. Krisis ini merupakan kejadian berganda dan umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Rakyat dan mangsa yang terhimpit ini amat memerlukan perhatian kerajaan dan pemimpin yang prihatin.


"Maka dengan ini saya menggesa MB Pahang Datuk Seri Wan Rosdy segera meluluskan bantuan banjir kepada mangsa-mangsa di Pahang yang kian bertambah," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Lee lagi, keadaan cuaca yang masih buruk dengan amaran Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa hujan lebat akan berterusan di beberapa kawasan pasti menambahkan mangsa banjir yang perlu dibantu untuk memulihkan kehidupan mereka.


Sehingga hari ini, jumlah yang dipindahkan di Pahang membabitkan 7,222 keluarga yang ditempatkan di 276 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan daerah iaitu Temerloh (67), Lipis (39), Maran (35), Raub (33), Jerantut (31), Pekan (26), Kuantan (25), Bera (12) dan Rompin (8).


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page