top of page

MB: 'Kita Selangor Rail' bakal perkukuh jaringan rel Lembah Klang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 2
  • 2 min read

MB Selangor mempengerusikan mesyuarat Majlis Industri Rel Negeri Selangor
MB Selangor mempengerusikan mesyuarat Majlis Industri Rel Negeri Selangor

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor terus giat memperkukuh agenda transformasi pengangkutan dan pembangunan ekonomi negeri demi kesejahteraan rakyat.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Industri Rel Negeri Selangor Bil 1/2025 yang menghimpunkan pemain utama industri rel negara pada Selasa.


"Mesyuarat ini amat penting memandangkan Selangor merupakan lokasi strategik kepada sebahagian besar rangkaian rel utama di Malaysia.


"Perkhidmatan komuter, MRT, LRT, ECRL serta laluan rel kargo telah menjadikan Selangor sebagai hab kritikal dalam ekosistem pengangkutan negara," katanya dalam kenyataan.


Amirudin memaklumkan, antara sorotan utama mesyuarat semalam termasuk cadangan projek 'Kita Selangor Rail', yang bakal menjadi pemangkin rangkaian keterhubungan lebih luas di seluruh Lembah Klang.


Beliau menjelaskan jajaran rel yang dicadangkan akan menghubungkan zon-zon perindustrian, kawasan perumahan serta hab pengangkutan utama seperti KLIA, Lapangan Terbang Subang, Pelabuhan Klang dan Pulau Carey.


"Rangkaian rel bersepadu ini bukan sahaja akan menjana pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi, malah menyokong agenda pembangunan bakat, transformasi industri serta kemajuan yang inklusif untuk rakyat Selangor dan Malaysia secara keseluruhannya.


"Ia dijangka menjadi ‘missing link’ penting dalam merealisasikan potensi penuh Selangor Aero Park (SAP) yang disasarkan muncul sebagai pusat industri aeroangkasa dan logistik serantau," jelas beliau.


Sementara itu tambahnya, beberapa pembentangan penting telah dikemukakan dalam mesyuarat semalam termasuk Pelan Tindakan Bakat Rel Selangor oleh MIGHT, cadangan Hab Automotif di Stesen ECRL Serendah oleh MRL, pembangunan Hab Pengangkutan Rel oleh MARIC, serta inisiatif Women in Rail Malaysia yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan inklusiviti dan bakat wanita dalam sektor rel.


"Langkah-langkah ini amat penting untuk membina ekosistem rel yang bersedia untuk masa depan — bukan sekadar memacu ekonomi tetapi juga memastikan pembangunan bakat rakyat kita tidak terpinggir.


"Kerajaan negeri komited memastikan Selangor terus menjadi peneraju dalam pembangunan infrastruktur rel negara, seiring matlamat menjadikan negeri ini sebagai destinasi utama pelaburan, logistik dan industri masa depan," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page