top of page

MB Kedah tarik balik tohmahan terhadap Anwar, selesai saman fitnah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 23
  • 2 min read

ree

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan secara terbuka dan tanpa syarat menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut kenyataan bersama kedua-dua pemimpin tersebut.


Dalam kenyataan sama, Anwar turut bersetuju menarik semula saman sivil yang difailkan terhadap Sanusi sekali gus menghentikan pertikaian peribadi mereka dalam prosiding saman fitnah di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah.


Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah itu dalam kenyataan bersama menyatakan setelah mempertimbangkan kesan daripada tindakan saman serta kos perundangan, mereka bersetuju menamatkan pertikaian tersebut secara muktamad bagi memberikan keutamaan kepada isu yang lebih besar dan penting demi kepentingan negara.


"Muhammad Sanusi dengan secara terbuka, suci hati dan tanpa syarat menarik balik kenyataan-kenyataan yang telah dibuat olehnya pada 13 Nov 2022 terhadap Anwar. Muhammad Sanusi juga beriltizam untuk tidak mengulangi mana-mana perkataan yang menjadi asas tindakan guaman ini.


"Selaras dengan itu, Anwar, yang menghargai usaha murni itu bersetuju untuk menarik semula saman sivil difailkannya terhadap Muhammad Sanusi tanpa perintah mengenai kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula," demikian kata kenyataan itu.


Tambah kenyataan tersebut penarikan balik saman tersebut merupakan langkah bagi menjernihkan keadaan dan mengekalkan hubungan baik dan berhemah antara kedua-dua pihak.


"Selaras dengan itu, Anwar yang menghargai usaha murni itu, bersetuju untuk menarik semula guaman sivil terhadap Muhammad Sanusi tanpa perintah mengenai kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.


"Muhammad Sanusi juga beriltizam untuk tidak mengulangi mana-mana perkataan yang menjadi asas tindakan guaman ini selepas daripada ini," jelas kenyataan itu.


Anwar dan Muhammad Sanusi turut merakamkan penghargaan kepada Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee kerana tanpa usaha mediasi beliau, penyelesaian itu tidak mungkin dapat dicapai.


Pada 13 Disember 2022, Anwar menyaman Muhammad Sanusi berhubung kenyataan berbaur fitnah yang mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah “Jelajah PN Best Tambun”.


Laporan media tempatan memetik peguam Datuk S N Nair yang mewakili Anwar mengesahkan perkara tersebut dengan penghakiman persetujuan pada prosiding hari ini direkodkan Hakim John Lee.


Anwar turut diwakili peguam L Narendran manakala Yusfarizal Yussoff bertindak bagi pihak Muhammad Sanusi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page