top of page

MB Kedah - PM kata mengata, lagu mana nak pembangunan?



Pengundi Kedah perlu diyakinkan untuk mempunyai Kerajaan Negeri dan Persekutuan daripada gabungan yang sama.


Hal itu ditekankan oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dari Umno Kedah dalam ucapannya dalam Konvensyen Negeri, Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah 2023, pagi tadi


"Tadi Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan hasrat Kerajaan Perpaduan bersama PM akan memaju dan membangunkan khusus negeri Kedah.


"Di pusat (pemilihan ekonomi) dah mula nampak bahang, di Kedah masih lagi angan angan. Oleh itu, kita mesti bersungguh sungguh menghadapi PRN.


"(Untuk bangunkan ekonomi) kita ada jalan perhubungan desa, jalan kampung sangat diperlukan. Baru ini banjir (jalan rosak) pelbagai bencana alam berlaku tetapi tidak satu jambatan pun dapat mereka (kerajaan Pas) bina dan laksanakan.


"Kita masih perlu sokongan kerajaan pusat. Kalau Menteri Besar (MB) tidak bersama dengan PM, kata mengata, lagu mana kita nak dapat pembangunan," katanya.


Beliau mempertikaikan apakah kemajuan yang dibawa oleh Kerajaan PN Kedah yang dipimpin oleh MB Sanusi Md Nor kerana isu air yang telah disediakan peruntukan pun oleh Kerajaan Persekutuan pun beliau gagal untuk melaksanakan projek dengan sempurna.


"Isu air contohnya sampai hari ini kita tak dapat selesai masalah. Air kita kena catu. Kalau saya masih ingat 2018 telah dapat kelulusan kerajaan pusat, masa itu Najib (PM) telah meluluskan RM1.1 bilion untuk pembangunan air seluruh negeri Kedah. Namun sehingga hari ini masih tidak dapat diselesaikan.


"Walaupun 3 PM telah ditukar pada waktu itu tetapi tidak dapat diselesaikan sampai hari ini. Ini adalah isu besar.


"Dalam masa terdekat kita hadapi PRN kita kena kalih. Sejurus menang isu bekalan air bersih akan kita siapkan," katanya.


Azeez juga memperikaikan kelembapan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan projek pasca banjir, membaiki kemudahan awam yang musnah dalam banjir kepala air pada 2022 di Gunung Jerai dan kawasan sekitar.


"Bencana dahsyat 2022 sampai hari ini tidak selesai. Janji tebatan banjir dilulusan pada ketika itu tetapi oleh kerana negeri tidak bersedia melaksana atau banyak masalah jadi tidak mungkin diselesaikan


"Sampai hari ini (perbaiki) titi harga RM250,000 pun Kerajaan Negeri tak dapat selesaikan. Apa lagi kalau RM3 - 4 juta.


"Inilah perkara kita kena bawa ke bawah, apa ertinya kalih bagi sama. Apa kalih bagi sama depa tak faham. Iaitu DUN Bayu, DUN Kupang dan lain lain kena bagi undi supaya Kerajaan Perpaduan menang, barulah kita boleh membangunkan Kedah.


"Ada 33 kawasan DUN wajib kita menangkan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page