top of page

MB Kedah jangan politikkan kibar bendera putih, rakyat di bawah kesempitan - Firdaus


Tindakan mengibarkan bendera putih apabila seseorang terputus bekalan makanan tidak wajar dilihat dalam kerangka politik sempit kepartian.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kedah, Mohammed Firdaus Johari, komen Menteri Besar (MB) Kedah, Sanusi Md. Nor yang tidak mengiktiraf dan memperkecilkan usaha rakyat bawahan itu tidak seharusnya berlaku dalam keadaan rakyat tidak dibenarkan bekerja serta tiada bantuan tunai.


"Kempen bendera putih adalah inisiatif yang digerakkan oleh rakyat Malaysia dan merupakan tanda solidariti serta keprihatinan tinggi terhadap mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0


"Agak mengecewakan MB Kedah menganggap penggunaan bendera putih ini merupakan salah satu propaganda politik untuk membina persepsi kerajaan gagal dalam kalangan masyarakat dan beliau menyatakan kerajaan berjaya menangani pandemik Covid-19 dengan baik.


"Persoalannya, mana bukti kejayaan menangani pandemik dengan baik itu? Sedangkan kes semakin hari semakin meningkat. Saya ingin menegaskan bahawa gerakan ini bukan dicetuskan oleh golongan politik namun masyarakat sivil, setelah melihat situasi terkini yang dialami rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama Firdaus membidas MB Kedah yang menyatakan rakyat mempunyai alat perhubungan canggih dan dengan mudah boleh menghubungi wakil rakyat atau pusat edaran bantuan Kerajaan Negeri tanpa perlu menaikkan bendera putih.


Menurut Firdaus, andaian itu menunjukkan MB dan pegawainya tidak tahu kedaifan rakyat di bawah.


"MB Kedah menyatakan sekarang ini kita ada kemudahan aplikasi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp serta pesanan mesej. Individu yang perlu bantuan boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk bantuan makanan tanpa mengibar bendera


"Saya menasihati MB Kedah agar turun ke bawah dan melihat sendiri keadaan kehidupan rakyat yang susah dan tertekan. Mereka yang mengibar bendera putih ini bukan sahaja terputus bekalan makanan, malah duit untuk membeli tambah nilai (Top Up) kredit handphone juga tiada.


"Janganlah kita memperbodohkan rakyat Kedah. Ini belum lagi diambil kira tekanan dan cabaran ibu bapa dalam mengurus pendidikan anak-anak melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Anak-anak mereka mungkin ketinggalan jauh dari sudut aspek tersebut," katanya.


Sebaliknya, Firdaus menyeru agar kerajaan Kedah dapat menyalurkan lebih banyak bantuan khas kepada rakyat yang terkesan


Bantuan itu pula, katanya, perlu dikurangkan karenah birokrasi kepada rakyat yang memohon dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).


"Saya juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri Kedah menyediakan bantuan khidmat nasihat kaunseling dan sokongan emosi kepada mereka yang mengalami masalah kemurungan, tekanan dan berfikir mahu membunuh diri.


"Ini merujuk kepada statistik, sebanyak 1,738 kes bunuh diri dicatatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2019 hingga Mei 2021 yang lalu.


"Saya menyeru kita bersama-sama bersolidariti dalam Kempen Bendera Putih bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berterusan ini. Marilah kita berganding bahu membantu mereka yang terdesak dan memerlukan bantuan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page