MB bukan Pengerusi MKN sejak November 2021, tidak boleh hubungi polis, tentera



Jawapan mengapa berlaku kelewatan arahan menggunakan aset pasukan keselamatan dalam proses evakuasi mangsa banjir di Selangor didedahkan dalam sidang media Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, petang tadi.


Kenyataannya, biar pun beliau MB dan secara protokol adalah Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri namun kuasa itu telah dilucutkan sejak November dan diserahkan kepada seorang Menteri dari Umno Selangor.


"Ada soalan kenapa saya tidak pengerusikan MKN? Sebab menjelang bulan November lepas saya dimaklum MKN di bawah Jabatan Perdana Menteri, pengerusinya telah diserahkan kepada Menteri kabinet. Jadi saya tidak boleh menghubungi polis atau tentera sebagai Pengerusi MKN pada waktu tersebut (banjir).


"Kalau saya ada peluang, mungkin pada 18 Disember saya telah menghubungi MKN.


"Ini bukan blame game tetapi saya nak beritahu kronologi," katanya.


Dalam sidang media itu juga MB mengumumkan bahawa beliau akan menjawat semula pengerusi MKN bagi memudahkan penyelarasan bantuan agensi Persekutuan selepas banjir.


"Saya telah dihubungi oleh pihak MKN untuk mempengerusikan MKN di peringkat negeri Selangor. Saya akan panggil semua termasuk pembangkang untuk kita selaras proses pemulihan," katanya


Pada sidang media sama MB juga mengumumkan penubuhan tabung Ikhtiar Selangor Bangkit sebagai platform untuk menerima sumbangan bantuan khususnya dari pihak swasta atau orang ramai.


"Hari ini saya mengumumkan satu tabung, iaitu Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit sebagai platform kepada rakyat Malaysia, syarikat swasta individu, GLC dan mana mana pihak yang ingin menyumbang kepada kawasan yang terjejas dengan banjir.


"Sebagai komitmen awal saya akan menyumbangkan sebuan gaji sebagai tanda permulaan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
<