top of page

MB Amirudin pelawa ikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2026

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 1 min read
ree

Menteri Besar Selangor (MB) Datuk Seri Amirudin Shari mempelawa orang ramai terutama rakyat di negeri itu mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2026.


Menerusi hantaran di laman Instagram rasminya, Amirudin berkata belanjawan dengan tema ‘Selangor Juara, Rakyat Sejahtera’, akan dibentangkan di Dewan Negeri bermula jam 3 petang ini.


Pembentangan secara langsung jelasnya boleh diikuti di media sosial Amirudin Shari atau laman sesawang Media Selangor dan turut boleh ditonton di platform media sosial rasmi Media Selangor termasuk Facebook, Instagram, X, TikTok, Telegram serta saluran MYTV.


Belanjawan Selangor 2026 dijangka membawa khabar gembira buat penjawat awam dan seluruh rakyat Selangor


Beliau dalam beberapa siri laporan media sebelum ini berkata, Belanjawan 2026 disusun dengan pendekatan menyeluruh dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.


Belanjawan 2026 bukan sekadar menumpukan kepada isu kos sara hidup, tetapi turut memberi perhatian terhadap pembangunan digital, ekonomi hijau dan agenda inklusif dengan meneliti cabaran semasa serta keperluan masa depan negeri.


Selain menumpukan projek naik taraf bagi menangani isu banjir, belanjawan dijangka turut memberi tumpuan projek naik taraf kemudahan awam dan pengindahan kawasan pangsapuri yang menjadi sebahagian usaha menjayakan aspirasi menjadi Selangor negeri pintar, berdaya huni dan makmur.


Belanjawan bersifat “bridging budget” juga bakal berperanan menghubungkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dengan Rancangan Selangor Kedua (RS-2), selari dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page