top of page

'Matawang AS mengukuh, Malaysia perlu dasar radikal pertahan ringgit'



Pengukuhan matawang dolar Amerika Syarikat (AS) yang dilakukan pihak berkuasa kewangan negara itu bagi mengelakkan negara adi daya dunia tersebut menghadapi kemelesetan ekonomi berakibat bantuan kewangan dan persenjataan ke Ukraine, tidak sewajarnya menghukum ekonomi negera kecil seperti Malaysia dengan kejatuhan nilai ringgit.


Bagi Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Ammar Atan, tindakan Federal Reserve AS (bank pusat) yang sentiasa menaikkan kadar faedah perlulah disaingi dengan tindakan radikal tertentu oleh Malaysia untuk mempertahankan nilai ringgit.


Hal itu, katanya turut akan menutup mulut para pengkritik dalam kalangan Perikatan Nasional yang memesongkan fakta serta memamaikan fikiran rakyat kononnya ekonomi negara memburuk pada era Kerajaan Perpaduan.


"Hakikatnya, ringgit bukan satu-satunya matawang yang terjejas ketika ini. Matawang utama lain seperti yen, pound sterling, euro dan dolar Singapura telah jatuh berbanding AS$.


"Kejatuhan ini berpunca daripada pengukuhan AS$ melalui peningkatan kadar faedah asas secara agresif di mana US Dollar Index telah meningkat hampir 3% dalam tempoh sebulan.


"Dibandingkan pada tahun lalu, kejatuhan kedudukan matawang negara sebahagian besarnya disumbangkan krisis politik dalaman yang menjejaskan keyakinan pelabur dalam dan luar negara.


"Dalam mendepani cabaran ini, dicadangkan agar Kerajaan Perpaduan menggunakan cabaran ini untuk memperkenalkan "structural reforms" bagi menambah baik dasar berkaitan aliran dana ke Malaysia dan mengukuhkan keyakinan pelabur yang terjejas dalam beberapa tahun yang lepas.


"Usaha seperti ini mustahak untuk mungukuhkan ringgit dalam jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Ammar menyeru agar pelaksana polisi di Malaysia mula memikirkan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa forum serantau agar negara ASEAN melaksanakan perdagangan menggunakan matawang sendiri bagi menghindari turun naik nilai dolar AS.


"Ini merupakan masa yang sesuai untuk negara-negara Asia mempercepatkan langkah ke arah idea yang dilontarkan Datuk Seri Anwar baru-baru ini, iaitu "de-dollarisation" atau pengurangan kebergantungan terhadap dolar Amerika Syarikat serta penubuhan Asian Monetary Fund," katanya.


Ammar juga dalam pada itu memuji tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar pinjaman semalaman (OPR) yang bertujuan untuk menyekat pemodal membawa keluar dana dan menyimpannya dalam dolar, berikutan pengukuhan matawang berkenaan.


"Walaupun kadar OPR telah dinaikkan oleh BNM ke paras 3%, ia masih berada di bawah paras pra-pandemik Covid 19 iaitu 3.25% dan pra-krisis 2008 iaitu 3.5%.


"Diakui tangan BNM agak terikat dalam perkara ini, memandangkan OPR terpaksa dinaikkan untuk mengawal inflasi teras atau core inflation yang degil. BNM wajar dipuji atas kejayaannya mengawal sistem monetari Malaysia tanpa menyebabkan kos pinjaman bulanan rakyat melambung tinggi seperti di Amerika Syarikat.


"Namun sebagai sebuah negara pengimport makanan yang bernilai RM64 bilion (2021), kelemahan ringgit akan memberikan kesan kepada rakyat Malaysia sekiranya trend ini berlanjutan," katanya lagi.


Walaupun turun naik matawang bersandarkan pergerakan pasaran dunia, Ammar tetap yakin Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar akan mempunyai solusi jangka pendek terbaik bagi menjaga kebajikan rakyat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page