top of page

Matangkan anak muda: Wujudkan semula program khidmat negara


Oleh: Abdullah Zaid


Program Khidmat Negara perlu dihidupkan semula untuk mematangkan anak muda, terutama dalam persediaan mereka menjadi pengundi pada usia 18 tahun.


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata ada keperluan untuk menghidupkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau apa sahaja program agar anak muda faham tanggungjawab dalam mmemilih pemerintah dan tidak mudah termakan dengan tohmahan atau hasutan.


Katanya, program boleh dimuatkan dengan latihan ketenteraan namun perlu diwujudkan kursus untuk menjadi pemilih yang bertanggungjawab, tahu membezakan kuasa pemerintahan dan boleh mempertimbangkan dengan betul maklumat yang diperolehi.


"Program khidmat negara seperti PLKN bukan sahaja perlu dihidupkan semula tetapi ditambah baik supaya progam itu lebih jitu dan berkesan.


"Banyak negara-negara maju seperi Korea Selatan membuat program seperti ini sebagai national service supaya anak muda ada semangat cinta pada negara," katanya kepada Suara Keadilan.


Tambahnya, berbekalkan pengalaman selama dua tiga bulan itu akan mampu menyuntik semangat patriotik dan daya kepimpinan buat golongan belia.


"Dari situ mereka akan ada minat untuk terlibat dengan persatuan-persatuan di universiti, jadi anak muda akan lebih faham dengan isu masyarakat dan perkembangan semasa.


"Begitu juga anak-anak muda yang cenderung dengan kemahiran, berbekalkan dengan pengalaman yang mereka dapat di program itu dapat memupuk minat untuk terlibat dalam program berkemahiran seperti TVET," ujarnya.


Selain itu, Taufiq yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah menjelaskan bahawa usaha untuk mewujudkan semula program seperti itu bukan bermotifkan politik atau mempengaruhi pengundi muda memilih kerajaan.


Sebaliknya, inisiatif dibuat bagi memberi peluang kepada mereka mempunyai buah fikir yang lebih mendalam dalam hal memilih pemerintah.


"Usaha ini bukan memaksa anak muda undi parti kerajaan tetapi memberi peluang kepada mereka mempunyai sudut pandang yang jauh dalam soal memilih pemimpin.


"Oleh itu, proses penyediaan platform perlu dilakukan segera oleh kerajaan kerana populasi anak muda semakin tinggi dan jika kita tidak menyediakan apa-apa platform dibimbangi memberi kesan buruk kepada mereka," jelas Taufiq.


Untuk rekod, PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti dengan 85,000 pelatih setahun dengan menjadikan Rukun Negara sebagai asas latihan.


Ia kemudian dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page