top of page

Mat Sabu mahu Suhaizan jadi seperti Salahuddin



Oleh: Noraini Nordin


Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu mahu calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat agar menjadi seperti Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.


Katanya, Salahuddin yang merupakan Ahli Parlimen Pulai sejak 2018 dan sebelum itu merupakan wakil rakyat di Kelantan, adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat.


Menurut Mohamad atau lebih dikenali sebagai Abang Mat, beliau mengenali Salahuddin sejak bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berusia awal 20an lagi.


Salahuddin tambahnya, lebih merupakan aktivis rakyat berbanding pemimpin politik di sepanjang jalan perjuangan yang dilaluinya, sehinggalah meninggal dunia ketika sedang dalam lawatan kerja di Kedah, 23 Julai lalu.


Dalam apa jua program dan aktiviti untuk rakyat atau bagi memperjuangkan nasib rakyat, kata Mohamad Sabu, Salahuddin hampir tidak pernah menguzurkan dirinya, walau kedatangannya kerap kali hanya dengan menaiki bas saja.


"Seorang aktivis, dia tidak kira ada jawatan atau tidak, bergelar wakil rakyat atau tidak, khidmat dan baktinya demi rakyat tetap berterusan.


"Itulah dia Salahuddin yang saya kenali sejak kami sama-sama muda lagi," ujar Mohamad dalam ceramahnya di Pulai, malam tadi.


Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, sebelum meninggal dunia, Salahuddin telah menghadiri satu program berkaitan kementeriannya di UUM, Jitra Kedah.


"Dalam ucapannya di majlis berkenaan, Salahuddin menyatakan tidak guna beliau jadi menteri dengan mempunyai tujuh pegawai di kelilingnya jika tidak dapat membantu meringankan kehidupan rakyat.


"Maknanya ucapan terakhirnya pun, berkaitan keinginannya membantu rakyat dan tidak itu saja, di kalangan menteri juga Salahuddin adalah menteri yang paling banyak sekali membentangkan kertas kabinet tentang program-program yang ingin dilakukannya bagi membantu rakyat.


"Daripada situlah lahirnya pebagai program Rahmah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah sehingga sekarang," tegasnya.


Berikutan sikap dedikasi dan komitemen tinggi Salahuddin itu, Mohamad mahu Suhaizan, calon Amanah dalam Pilihan Raya Kecil kali ini jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Pulai pada 9 September nanti agar berusaha sebaik mungkin menjadi seperti bekas Timbalan Presiden Amanah itu yang kehidupannya sentiasa dekat dan bergelumang dengan rakyat.


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page