Masyarakat perlu henti sebar video penderaan kanak-kanak



Masyarakat Malaysia seharusnya bergerak ke arah yang lebih bertamadun dan tidak menyebarkan sebarang video penderaan ke atas kanak-kanak sebagaimana yang tular baru-baru ini.


Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq berkata, insiden penderaan tidak wajar disebarkan kerana kanak-kanak yang menjadi mangsa dan yang melihat kejadian akan mengalami trauma apabila mereka menjadi perhatian umum.


"Terima kasih kepada semua pihak yag cukup prihatin terhadap insiden kanak-kanak yang dicampak oleh gurunya di sebuah tadika. Jangan ambil mudah insiden ini kerana ia berlaku dalam premis pendidikan dan ekosistem pendidikan awal kanak-kanak.


"Selain tindakan keras di bawah Akta Kanak-Kanak, kementerian yang berkaitan juga harus segera menangani klip yang tular ini kerana ia melibatkan suatu insiden yang sedang disiasat, wajah kanak-kanak yang menyaksikan kejadian tersebut, dan paparan penuh tindakan guru berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau mencadangkan semua pihak yang terlibat dalam insiden tersebut agar menjalani kaunserling.


Termasuk juga guru tadika yang melakukan kesalahan dan mungkin mengalami gangguan masalah peribadi dan perlu ditangani dengan sewajarnya.


"Dalam mengurus kemarahan dan tindakan undang-undang, kesejahteraan psiko-sosial kanak-kanak ini juga mesti diberikan keutamaan. Tidak terkecuali kesejahteraan jiwa guru yang menjadi tumpuan di dalam kes ini.


"Saya percaya, semua kanak-kanak, baik yang menjadi mangsa dan yang menyaksikan kejadian tersebut, mesti mendapat sokongan kaunseling trauma, manakala guru tersebut juga mesti menghadiri sesi kaunseling sebagai syarat tambahan kepada hukuman sedia ada.


"Di saat ini, keutamaan kita adalah berkenaan kesejahteraan psiko-sosial, emosi dan jiwa kanak-kanak yang merakam peristiwa trauma tersebut," katanya lagi.


Beliau menyeru agar rakyat tidak lagi menularkan klip video berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk siasatan yang adil dan telus.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER