top of page

Masyarakat Malaysia hidup harmoni, tidak perlu kenyataan perjudis



Masyarakat Malaysia yang telah hidup dengan rukun damai sejak sekian lama tidak memerlukan kenyataan bersifat prejudis sebagaimana dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad baru baru ini.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, K Suria Vengadesh, ungkapan Tun M kononnya kaum India kurang setia kepada negara kerana masih bercakap dalam bahasa Tamil dilihat hanya akan memecah belahkan rakyat.


Apatah lagi, katanya, Tun M telah lebih 23 tahun menjadi PM dalam dua kerajaan berbeza dan amat faham dengan kesetiaan kaum India kepada negara.


"Kenyataan ini tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang negarawan seperti beliau yang sepatutnya sudah masak dengan keadaan sosio politik Malaysia yang berbilang kaum, apatah lagi apabila beliau sendiri berpengalaman bekerjasama dengan kaum kaum tersebut sejak dari awal penglibatan dalam politik.


"Masyarakat majmuk Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum telah hidup dengan aman dan damai seperti adik beradik sejak merdeka dan kenyataan prejudis beliau ini boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni serta kondusif kepada pembangunan negara kita yang tercinta ini," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh itu, Suria mahu Tun M memohon maaf secara terbuka di atas kenyataan beliau sebelum ini yang mengguris hati masyarakat India dan juga Cina yang terkesan dengan kenyataan berkenaan.


"Selain itu, saya ingin menasihatkan Tun M dan sesiapa sahaja agar tidak sembarangan mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah belahkan rakyat dan mengganggu gugat keharmonian negara di masa akan datang," katanya lagi.


Baru baru ini, Dr Mahathir dalam satu sesi temu bual eksklusif dalam talian dengan saluran TV yang berpangkalan di India, Thanti TV, dilapor berkata masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.


Dakwanya, seseorang itu harus dikenali sebagai orang Melayu untuk berhak menganggap Malaysia sebagai negara sendiri, tetapi orang India Malaysia tidak bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa asal mereka, sebaliknya masih bercakap Tamil.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page