top of page

Masyarakat Madani mampu capai kemajuan seimbang - Jakim



Kemajuan yang seimbang boleh dicapai tanpa perlu membelakangkan mereka yang berlainan warna kulit, kaum, bahasa atau jantina, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


Melalui satu ulasan bersempena sambutan sambutan Maal Hijrah 1445H pada minggu hadapan, Jakim menegaskan rakyat wajib saling mengenali ke arah memperkukuh masyarakat Madani yang membangun daripada segi kecerdasan dan hati nurani, sains, teknologi dan telekomunikasi.


"Li ta'arafu (saling mengenali), bahawa kesemua suku kaum dan bangsa, individu lelaki dan wanita, semua ialah satu keluarga manusia yang mulia, yang perlu hormat menghormati dan saling melindungi satu sama lain.


"Kita harus menghargai perpaduan manusia yang hakiki yang lebih utama daripada perbezaan luaran. Perbezaan luaran hanyalah semacam label untuk memudahkan kita mengenal ciri dan sifat-sifatnya, bukan untuk melakukan kezaliman dan penindasan," kata agensi pusat itu.


Dalam ulasan sama Jakim menegaskan, nilai penting masyarakat seperti keamanan, kedamaian dan ketenteraman adalah antara anugerah tertinggi daripada Tuhan.


Ia seterusnya menggalakkan sifat berlapang dada, saling memaafkan kelemahan, bermurah hati, ramah tamah serta suka cita apabila orang lain meraih kejayaan dan kemakmuran.


"Allah melarang kita daripada menghina benda-benda sembahan penganut agama lain kerana akan menimbulkan kemarahan, dendam dan kedengkian hingga mereka membalas menghina Allah secara yang melampaui batas permusuhan dan dengan ketiadaan pengetahuan (al-An'am, 6: 108)," tambah Jakim.


Jakim sementara itu menegaskan, sentimen mementingkan diri, semangat berpuak-puak dalam kezaliman, bermusuhan dan saling membenci tidak wajar digalakkan di bumi bertuah ini.


Katanya, aset negara yang paling berharga ialah warga Malaysia yang mengutamakan kerukunan, kedamaian dan kesepakatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran untuk menongkah masa depan, selaras dengan tema Maal Hijrah tahun ini.


Tema sambutan Maal Hijrah 1445H iaitu 'Perpaduan Teras Malaysia Madani' dan bakal diraikan pada 19 Julai dengan majlis peringkat kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page