Tinjauan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Little India, Rawang, Selangor semalam rata rata menerima aduan daripada masyarakat India di sana yang resah dengan kenaikan harga barang keperluan secara berterusan sejak kebelakangan ini.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, peniaga kecil dan rakyat marhaen amat terkesan dengan kenaikan yang tidak mampu ditanggung apatah lagi negara baru pilih daripada pandemik Covid 19.
"Saya turut melakukan tinjuan di sekitar kawasan perniagaan di Little India, Rawang.
"Ramai yang saya temui menyuarakan permasalahan terkait harga barang yang melonjak naik.
"Langkah tegas dan berani mesti difikirkan pemerintah saat ini tatkala rata-rata yang terkesan adalah peniaga-peniaga kecil dan rakyat di bawah," katanya.
Comments