top of page

Masyarakat berbilang kaum, agama wajib saling menghormati



Masyarakat berbilang kaum dan agama perlu sentiasa saling menghormati bagi melahirkan negara yang harmoni dan kuat dalam menghadapi segala macam cabaran.


Hal itu ditekankan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Kompleks Sukan Al-Taqwa di Kolej Al-Taqwa, Australia hari ini dalam permulaan lawatan beliau di negara berkenaan.

DS Anwar ditemuramah oleh pelajar Kolej Al-Taqwa

"Masyarakat berbilang kaum dan agama perlu sentiasa menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain untuk hidup sebagai sebuah komuniti.


"Gesaan itu saya tekankan sewaktu berucap merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa di Kolej Al-Taqwa seraya diapit Azizah dan delegasi Malaysia.


"Hatta, dunia boleh menjadikan Australia sebagai contoh untuk menghormati komuniti minoriti Islam di negara itu dalam kalangan masyarakatnya," kata Anwar menerusi catatan di Facebook.


Sebelum ke majlis perasmian berkenaan, PM dibawa melihat kawasan sekitar selain ditemuramah pelajar kolej tersebut merangkumi isu global, Gaza, Islamophobia dan hal hal terkait Islam.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page