top of page

'Masuk syurga rahmat Allah, Pas jangan jadi wakil Tuhan'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 hours ago
  • 1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat menempelak tindakan pemimpin Pas yang terus memanipulasi sentimen agama demi meyakinkan penyokong serta pengikut parti berkenaan.


Ketuanya, Muhammad Kamil Munim (gambar) menyifatkan ungkapan 'masuk Pas akan masuk syurga' seolah-olah pemimpin Pas cuba 'mengambil alih' urusan Tuhan.


Beliau menegaskan bahawa seseorang manusia itu melangkah ke syurga atas rahmat Allah SWT, bukannya disebabkan sokongan terhadap mana-mana parti politik.


"Kita masuk syurga atau neraka ditentukan dengan rahmat Allah SWT, bukan dengan menyokong mana-mana parti.


"Tak perlu kita menggunakan ini seolah-olah langkah terdesak kita untuk meyakinkan orang, seolah-olah kita ialah wakil tuhan di sini. Itu bukan ajaran dan tuntutan yang dianjurkan dalam agama Islam," katanya dipetik laporan media.


Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Muktamar Tahunan Pas di Kota Bharu seolah-olah menggambarkan seseorang akan masuk syurga melalui perjuangan yang dibawa Pas.


Sementara itu, Kamil Munim menuntut Pas berhenti melakukan proses pembersihan minda dan kembali semula kepada wacana yang lebih segar, sihat serta dengan nasihat serta perdebatan secara baik.


Beliau menegaskan, ajaran Islam turut umatnya berlaku adil, berlaku ihsan, melawan rasuah, menegakkan keadilan sosial, mengelakkan ketirisan dan kebocoran dan menganjurkan tata kelola yang baik bagi mendapat rahmat Allah.


Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa turut menyifatkan dakwaan Takiyuddin tidak berasas dari sudut ilmu agama.


Bekas Menteri hal Ehwal Agama itu menegaskan, syurga bukan ditentukan oleh sokongan terhadap mana-mana parti politik apa lagi di sebelah pihak yang sering dikaitkan dengan budaya fitnah, pembohongan politik dan sikap suka melabel serta menuduh pihak lain dengan pelbagai gelaran negatif.


"Saya menganggap dakwaan ‘undi Pas masuk syurga’ sebagai menjual syurga untuk kepentingan politik," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page