top of page

Tiada lagi alasan kerajaan PN tidak perjuangkan agenda ekonomi Melayu dan Bumiputera - MTEM


Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa kerajaan supaya mengutamakan agenda ekonomi Melayu dan Bumiputera, sebuah isu yang masih belum benar-benar disentuh secara khusus oleh Perikatan Nasional (PN).


Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman mengakui walaupun kerajaan PN baru sahaja dibentuk, kerajaan mempunyai bertanggungjawab dalam menangani masalah pembangunan ekonomi Melayu dan Bumiputera yang masih membelenggu negara.


"Institusi kerajaan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara apatah lagi negara yang masih membangun dan mempunyai kesenjangan ekonomi antara kaum," katanya dalam kenyataan.

Wabak COVID-19

Yazid menggunakan wabak COVID-19 sebagai contoh bagaimana pentingnya kerajaan menggunakan kuasa yang ada untuk melakukan suatu usaha untuk mencapai impak yang maksima.


"Kesan wabak ini, kelembapan ekonomi yang menyusul akan mengakibatkan jurang pendapatan dan kekayaan antara yang kaya dan miskin bertambah lebih dahsyat lagi malah orang Melayu dan Bumiputra yang akan paling terkesan.


"Oleh itu, MTEM menyarankan kerajaaan PN yang ditunjangi semua parti utama Melayu dan Bumiputera untuk berani bertindak segera supaya keadaan ini tidak bertambah teruk!" katanya.


WBK2030


Yazid mengakui, antara pencapaian yang bermakna oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).


Beliau berkata, WKB 2030 mengambil maklum realiti masalah ekonomi dalam negara yang telah banyak berubah sejak 1970an dan menjadi lebih mencabar apabila dunia sedang bersedia menuju era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).


"Hakikatnya selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB), tidak ada lagi program yang cukup berkesan dengan kadar yang luar biasa. Kekayaan hanya kekal berlegar dalam kalangan yang terpilih sekian lama.


"Dengan demikian, kita menaruh harapan pada WKB 2030 sebagai usaha permulaan untuk mengenal pasti, matlamat untuk mengurangkan jurang pendapatan dan kekayaan antara kaum, antara bandar dan luar bandar dan daerah jelas dinyatakan namun ia kekal indah di baca dalam buku-buku sejarah kalau bukan di brosur-brosur kalau tiada tindakan susulan yang bermakna," katanya.


Tiada lagi alasan kerajaan PN tidak perjuangkan agenda ekonomi Melayu-Bumiputera


Yazid juga menganggap tiada alasan lagi untuk kerajaan PN tidak melaksanakan WKB 2030 sekaligus menangani agenda ekonomi negara secara keseluruhan.


"Kita menyarankan kerajaan untuk mengambil langkah radikal berlandaskan WKB 2030 kalau benar mahu mengubah ekonomi negara dan pencapaian ekonomi orang Melayu dan Bumiputera.


"Dengan tertubuhnya kerajaan yang didominasi orang Melaku dan Bumiputera, kerajaan tidak ada lagi alasan.


"Kita tidak boleh tidak mensia-siakan peluang untuk kurangkan jurang kekayaan dan penguasaan ekonomi bumiputera dengan yang lain dan pada masa yang sama dapat memastikan adanya pembangunan ekonomi yang pesat untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan daerah," katanya.


Jangan jadi alat politik semata-mata

Pada masa sama, Yazid mengharapkan kerajaan PN memperhalusi WKB 2030 dengan terperinci tanpa menggunakan isu Melayu dan Bumiputera sebagai sekadar alat politik untuk meraih sokongan semata-mata.


"WKB 2030 akan hanya tinggal wawasan dan angan-angan kosong jika tidak diterjemahkan menjadi pelan-pelan tindakan dalam program-program pelaksanaan termasuk RMK-12 dan RMK-13.


"Strategi ekonomi akan menjadi tidak bermakna malah menjadi sebuah retorik apatah lagi jika ia sepatutnya menjadi strategi utama untuk kepentingan ekonomi Melayu dan Bumiputera.


"Kalau tidak ada kesungguhan yang luar biasa dan mengambil sikap yang benar-benar peduli, agenda ekonomi Bumiputera akan jadi alat politik semata-mata untuk taruhan setiap pilihan raya sahaja," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page