top of page

Masih banyak Melayu miskin, apa kerajaan PN buat?




Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendakwa mereka pembela nombor satu kaum Melayu.


Kononnya sebelum ini Melayu ditindas di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diperkuda DAP. Namun apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan PN sepanjang 4 bulan memerintah?


Malah beberapa menteri PN dari Umno juga tidak dilihat memberikan banyak peruntukan ke kawasan Melayu sebagaimana sebelum ini mereka mendakwa hanya BN yang mampu membela kaum itu.


Bagi Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah, retorik Melayu hanyalah untuk memperdaya kaum terbesar di Malaysia itu. Hakikatnya sepanjang beliau menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar didapati banyak kawasan Melayu di bawah Umno yang mundur dan amat minimum kemudahan asas.


"Saya dulu Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Saya lihat waktu turun ke kampung-kampung, pembangunan yang adil dan wajar untuk masyarakat kampung belum sampai.


"Saya lihat air bersih, elektrik, jalan raya yang baik tidak wujud. Saya pergi ke Jeli, kawasan (menteri) Mustapha Mohamad, saya terkejut sampai di sana dapat tahu ada 100 kampung yang pakai air bukit sebab tiada air paip


"Malaysia dianggap negara hampir maju tetapi masyarakat Melayu ramai yang hidup dalam keadaan ini. Kedah pun saya lihat air paip tidak sampai, mereka guna air bukit.


Kalau pergi ke Sabah, Sarawak lebih teruk lagi. Bagi saya pembangunan dari segi ekonomi untuk masyarakat Melayu di mana pun belum diselesaikan. Jadi sama ada PN boleh buat (pembangunan), saya pun kurang yakin," katanya.


Mengulas isu Melayu tertindas atau dizalimi yang tiba-tiba lenyap sebaik sahaja kerajaan PN berkuasa, Sivarasa menyifatkannya sebagai permainan politik Umno dan Pas.


Isu berkenaan, katanya, sengaja dicipta bagi mengapi-apikan sentimen perkauman menumbangkan PH. Selepas PH tumbang, perubahan yang berlaku amat sedikit sekali sehingga orang Melayu pun tidak sedar apakah yang telah diperbaiki PN.


"Bila kerajaan PH mahu meratifikasikan konvensyen antarabangsa menentang diskriminasi Umno, Pas tentang. Bila mahu tandatangan Rome Statut, itu pun dibantah.


"Bila mereka jadi kerajaan, semua isu ini berhenti. Namun pada hakikatnya, untuk menjaga semua kaum supaya adil, lebih baik kita ada wakil dari semua kaum.


"Ini yang kita kurang lihat dalam keadaan sekarang. Dulu mereka menghasut, menggunakan isu untuk menimbulkan ketegangan, sekarang semua itu senyap sahaja. Tidak diperjuangkan lagi.


"Bagi saya ini bukan satu kelebihan. Kerajaan mestilah mencerminkan 'muka' rakyat," katanya lagi.


Selepas PN berkuasa, isu yang sering dimainkan Umno-Pas seperti hapus judi, membela kematian Adib, Rang Undang-undang 355 dan banyak lagi tiba-tiba lenyap.


Rakyat yang termakan dengan propaganda Umno - Pas kini mula menilai sendiri apakah matlamat sebenar kedua-dua parti itu mengapi-apikan agenda berkenaan suatu ketika dahulu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page