top of page

Masih banyak kolam takungan banjir tidak diserah ke JPS - Izham Hashim



Masalah senggaraan kolam takungan banjir di Selangor bukan berpunca daripada kelemahan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) namun peraturan yang mengikat kawasan kawasan perumahan lama, tidak menyerahkan kolam takungan di bawah kendalian JPS.


Menurut Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas, Ir Izham Hashim, Kerajaan Negeri akan berusaha untuk memindah kolam kolam takungan terbabit ke bawah bidang kuasa JPS untuk memudahkan senggaraan dan pemantauan.


"Di Selangor ada 600 lebih (kolam takungan). Sebahagian besar masih sama ada dimiliki pihak ketiga atau bawah PBT.


"Isu ini isu lama. Mungkin tidak siap drawing, jadi tak serah (ke JPS). Yang ini kita akan selesai segera untuk mudahkan senggaraan.


"Kalau kita masuk (di bawah jagaan pihak lain) pernah kita kena saman oleh tuan punya. Sedangkan kolam itu patut diserahkan kepada JPS. Itu sistem dulu. Sekarang kita dah syaratkan bila nak dapatkan CCC, dia kena serah kolam dulu, baru kita luluskan. Kita sedang teliti mana mana kolam, kita ambil," katanya.


Pada masa hadapan, menurut Izham, kolam kolam takungan banjir di Selangor digalakkan dibina di bawah tanah sebagaimana di beberapa kawasan perumahan baharu kerana kekurangan kawasan seperti projek baharu di Sri Muda dan Klang.


"Kalau ada yang sesuai kita buat di bawah tanah untuk menyimpan air. Kawasan kita terhad di permukaan," katanya lagi

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page