top of page

Masih ada kawasan ditenggelami air - Ahli Parlimen Segamat




Meskipun banjir semakin mereda di Segamat, Johor namun masih ada kawasan yang ditenggelami air.


Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata terdapat beberapa kampung yang mana air belum surut dan mangsa masih di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


Beliau berkata demikian dalam tinjauan terbaharu ke atas mangsa banjir.

Yunes melawat mangsa banjir di PPS

"Kampung Paya Dalam masih ada rumah yang tenggelami dengan air. Mangsa banjir di tempatkan di PPS Balai Islam Paya Dalam.


"Terima kasih kepada Ketua Kampung En. Hasbullah yang membantu dan memantau keadaan PPS, mangsa banjir serta situasi di kampung paya dalam.


"Saya juga dimaklum oleh Ketua Kampung bahawa segala keperluan mangsa banjir telahpun disediakan oleh pasukan NADMA," katanya.


Sebelum itu beliau juga memantau bantuan banjir kepada mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan Batu Anam. Bantuan makanan dan barang keperluan, katanya telah dihantar oleh pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Segamat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page