top of page

Masalah setinggan, peneroka bandar masih membelenggu negeri Johor



Isu setinggan dan peneroka bandar tidak lagi menjadi masalah ketara di negeri maju seperti Selangor atau Pulau Pinang.


Namun isu ini masih membelenggu pentadbiran BN di Johor biar pun negeri itu dinobatkan sebagai negeri ketiga maju di Malaysia.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, isu setinggan dan peneroka bandar terseut berlegar di sekitar tiga bandaraya di dalam Daerah Johor Bahru seperti Bandaraya Johor Bahru, Bandaraya Iskandar Puteri dan Bandaraya Pasir Gudang yang menjadi kawasan perindustrian utama.


"Masih ramai rayat miskin dan golongan B40 yang tinggal sebagai setinggan di tiga bandaraya di Daerah Johor Bahru ini


"Kebanyakan peneroka bandar ini terdiri daripada golongan miskin bandar atau B40 dari kaum Melayu yang selama lebih 60 tahun menyokong Umno BN tetapi nasib mereka sampai hari ini tidak terbela.


"Golongan setinggan atau peneroka bandar juga terdapat di bandar-bandar lain di seluruh negeri Johor tetapi masalah golongan yang terpinggir ini amat ketara di lima kawasan Parlimen yang menempatkan 10 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Larkin, Stulang, Kempas, Perling, Skudai, Kota Iskandar, Tiram, Puteri Wangsa, Johor Jaya dan Permas," katanya.


Hassan turut menyenaraikan nama nama kampung peneroka bandar yang sepatutnya telah diatasi sejak berdekad lalu tetapi masih wujud sehingga kini.


Antaranya ialah Kampung Hajah Hasnah dan Kg. Desa Melayu di Parlimen Johor Bahru; Kg Bakar Batu dan Kg. Skudai Kiri di Parlimen Pulai; Kampung Saujana, Kg.Plentong Tengah, Kg. Melayu Pandan dan Kg.Belantik di Parlimen Pasir Gudang


Manakala jumlah pengundi peneroka bandar itu, kata Hassan, sangat ramai. Mereka boleh menentukan parti politik yang mana akan menang di sesuatu DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.


"Dalam hal ini, Parti KEADILAN dan PH perlu mengemukakan pelan tindakan yang realistik dan berkesan untuk menyelesaikan masalah penempatan setinggan-setinggan dan peneroka bandar tersebut dengan adil dan segera sebab nasib mereka telah terbiar sekian lama.


"Masalah setinggan dan peneroka bandar di Johor hanya boleh diselesaikan jika kerajaan Johor yang terbentuk selepasPRN kali ini mempunyai keazaman politik.


"Saya percaya kerajaan KEADILAN dan PH mempunyai keazaman politik tersebut jika diberi mandat oleh rakyat Johor untuk mentadbir negeri Johor Darul Takzim ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page