top of page

Masalah sekolah padat diatasi, projek bina bilik darjah tambahan dimulakan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 5
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Sebanyak 121 buah sekolah padat di tujuh buah negeri telah dikenal pasti dengan bilik darjah tambahan baharu akan dibina untuk aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), demikian kata Kementerian Pendidikan (KPM).


Kementerian dalam kenyataan berkata penyerahan Surat Setuju Terima Bagi Projek Naik Taraf Sekolah Berkepadatan Tinggi menggunakan kaedah Industrial Building System (IBS) telah disempurnakan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini.


"Projek ini termasuk kemudahan infrastruktur serta kelengkapan seperti peralatan pengajaran dan perabot. Kos keseluruhan projek adalah berjumlah RM88 juta," kata kenyataan itu hari ini.


KPM berkata projek tersebut melibatkan sekolah di Selangor (103), Perak (lapan), Pahang (empat), Negeri Sembilan (tiga) masing-masing satu di Terengganu, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang


"Projek akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya," kata kenyataan itu.


Kementerian berkata, pihaknya sentiasa berusaha menangani isu sekolah padat di seluruh negara dan menyediakan akses pendidikan yang kondusif untuk semua murid, guru dan warga sekolah.


"Ini termasuk menerusi pembinaan bilik darjah tambahan baharu menggunakan kaedah IBS dan kemudahan-kemudahan lain sebagai penyelesaian jangka pendek dan efektif di sekolah berkepadatan tinggi.


"Kaedah IBS dan lukisan Pre Approved Plan (PAP) dapat memastikan tempoh pembinaan yang singkat dan siap pada

tahun semasa," katanya.


Laporan media tempatan sebelum ini menyebut KPM telah meluluskan sebanyak 103 projek sekolah baharu di kawasan berkepadatan tinggi selain projek bangunan tambahan di 261 sekolah dalam Rancangan Malaysia ke-12.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum ini dipetik sebagai berkata sebanyak 17 sekolah baharu akan dibuka tahun ini, langkah yang dilihat dapat mengatasi masalah kepadatan murid di sekolah.


Dalam Belanjawan 2025, kerajaan mengumumkan projek pembinaan 44 buah sekolah baharu sebagai tambahan kepada 26 buah sekolah yang diumumkan pada 2024.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page