Masalah rumahtangga pasca pandemik: Kerajaan perlu sediakan lebih banyak bantuan



Pasca pandemik Covid 19 memperlihatkan timbul pelbagai masalah rumahtangga, terutama apabila pasangan mengalami masalah kewangan.


Menurut Naib Ketua Wanita KEADILAN, Datin Faizah Ariffin, kos sara hidup yang melambung, pembuangan pekerjaan dan sebagainya meningkatkan krisis rumah tangga dan pihak kerajaan sepatutnya telah merangka pelan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik itu, pada waktu ini.


"Selepas era pandemik, berlaku banyak orang kena buang kerja. Disebabkan itu juga banyak kes penceraian.


"Ekonomi rumah tangga itu berkait kepada kebahagian dan ia sebahagian daripadanya.


"Cuma bagaimana sesuatu pasangan itu menanganinya perlu diambil kira. Bagaimana mereka melihat kebahagiaan itu. Ada orang boleh terima makan sardin setiap hari, ada orang yang mahukan lebih lagi.


"Jadi perkara sebegini akan menjurus kepada sama ada ekonomi itu memberi kebahagian kepada sesetengah pasangan," katanya dalam forum maya Borak Feminin, terbitan Studio Dahsyat, malam tadi.


Masalah penceraian, kata Faizah, menjadi isu besar apabila kadang kala bekas suami culas memberikan nafkah dan keluarga yang ditinggalkan terjebak menghadapi masalah kewangan yang tidak ada kunjung akhirnya.


"Masalahnya apabila berlaku penceraian, suami gagal memberikan nafkah kepada isteri. Yang menjadi mangsa adalah anak anak.


"Praktis di Malaysia kalau berlaku penceraian antara suami isteri, tanggungjawab menjaga anak itu diberi kepada pihak ibu.


"Sementara anak diserah kepada ibu, biasanya bapa pula culas melunaskan tanggungjawab kepada anak anak itu.


"Saya memang bergelumang dengan masyarakat di bawah sana, terutama ibu tunggal. Antara masalah yang diadukan kepada saya ialah suami hilang tak berikan nafkah kepada anak di bawah tanggungan ibu tadi.


"Bila ibu tunggal ini tidak dapat memberikan secukup keperluan kepada anak maka timbul masalah masalah sosial.


"Berlakulah masalah terkait dadah, pelacuran dan masalah ini perlu ditangani kerajaan," katanya.


Selain itu, Faizah juga menggesa kerajaan untuk lebih banyak menghulurkan bantuan kepada kekuarga B40 bagi mengelakkan insiden sebagaimana yang tular baru baru ini, seorang profesor memperlekeh pelajarnya yang tidak mempunyai komputer.


"Misalnya masalah pelajar tak dapat laptop, itu fungsi kerajaan. Di mana kerajaan harus beri keprihatinan kepada rakyat. Kerajaan pun dah umumkan laptop diberikan pada 2021, sepatutnya telah diberikan kepada pelajar B40 dan ke bawah.


"Bila berlaku perkara sebegini amat memalukan pihak kerajaan. Kalau kerajaan ada kesungguhan maka perkara seperti ini tidak akan berlaku," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER