top of page

Masalah peruntukan punca Ahli Parlimen pembangkang sokong Kerajaan?



Masalah peruntukan parlimen dan pembangunan mungkin punca Ahli Parlimen Kuala Kangsar daripada PN, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menyokong Kerajaan Perpaduan.


Menurut Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, kenyataan Iskandar semalam bahawa beliau akan menyokong segala usul yang dibawa oleh Kerajaan mungkin akibat kecewa melihat tindakan pemimpin utama PN yang enggan berunding dengan Kerajaan Perpaduan bagi mendapatkan peruntukan untuk melancarkan pembangunan di sesuatu kawasan.


"Mereka (Ahli Parlimen) sudah tunggu Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin yang sepatutnya berunding dengan Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri, tetapi tidak dibuat sehingga ke hari ini.


"Saya menjangkakan kalau trend ini berterusan, Bersatu dan PN bertegas tidak mahu berunding sedangkan ketika mereka memerintah mereka telah meminta Datuk Seri Anwar, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng untuk berunding dengan mereka, tandatangan Memorandum Kerjasama sebelum memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang. Tetapi sekarang bila mereka jadi pembangkang, mereka angkuh dan tidak mahu berunding dengan kerajaan. Maka sewajarnya Ahli Parlimen pembangkang mengambil keputusan secara bersendirian untuk berbincang dengan kerajaan


"Ini bagi memastikan peruntukan dapat disalurkan ke kawasan parlimen masing masing," katanya dalam siaran langsung Facebook malam tadi.

Datuk Lokman N Adam

Tambah Lokman, tindakan Iskandar itu juga merupakan satu tamparan kepada PN, lebih lebih lagi beliau merupakan pemimpin Bersatu Perak.


Katanya, dengan keputusan untuk menyokong kerajaan maka blok Perpaduan akan mendapat semula 148 kerusi membentuk majoriti 2/3 selepas Ahli Parlimen Muar, Syed Sadiq Abdul Rahman meninggalkan blok kerajaan bulan lalu.


Bagaimanapun, kata Lokman, tidak dapat dijangkakan tindakan yang bakal diambil oleh Bersatu memandangkan perbuatan menyokong blok lawan dalam undian di Dewan Rakyat boleh dianggap berkhianat kepada parti.


"Ini antara kenyataan yang cukup penting kerana sebelum ini kita kehilangan 2/3 (majoriti). Dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Iskandar ini, jelas bahawa kerajaan PMX akan memperolehi 148 undi sekali lagi. Namun saudara Iskandar menyatakan beliau tetap setia dengan Bersatu dan PN.


"Sama ada Muhyiddin boleh terima keputusan yang dibuat Iskandar ini atau tidak, boleh kita fikirkan


"(Namun) bagi saya ini bibit bibit ketidakyakinan Ahli Parlimen di kalangan PN terhadap kepimpinan Muhyiddin Yassin," katanya.


Sokongan Ahli Parlimen pembangkang ke atas kerajaan mungkin akan menguji Akta Akti Lompat Parti apabila seseorang Ahli Parlimen menyokong untuk mengundi bertentangan dengan apa yang diarahkan oleh parti.







0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page