top of page

Masalah ketersambungan internet di Sg Asap perlu diselesai segera - Abun


Abun Sui Anyit (berseragan KEADILAN) mengagihkan kalendar 2025 dan buah limau
Abun Sui Anyit (berseragan KEADILAN) mengagihkan kalendar 2025 dan buah limau

KEADILAN Hulu Rajang, Sarawak, sesuai dengan aspirasi Kerajaan Madani yang mahu akses perhubungan diperoleh di semua tempat di seluruh negara memohon agar diselesaikan masalah talian telefon dan gangguan internet di kawasan Sungai Asap.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang, Senator Abun Sui Anyit, ketersambungan perkhidmatan telefon dan internet di kawasan itu perlu ditingkatkan.


"Semasa Mesyuarat Cabang KEADILAN Hulu Rajang pada 25 Jan, antara agenda yang dibincangkan adalah mengenai liputan internet dan telefon di Sungai Asap.


"Sepanjang hari sejak lebih kurang pukul 9.00 pagi, liputan internet tidak ada langsung. Liputan hanya pulih sekitar pukul 8.00 malam. Kejadian begini seringkali berlaku di Sungai Asap yang mempunyai lebih 15 rumah panjang," kata Abun dalam kenyataan.


Sehubungan itu, katanya, salah satu resolusi mesyuarat bulanan KEADILAN Hulu Rajang itu ialah untuk bekerja rapat dengan Kementerian Komunikasi bagi mencari penyelesaian kepada masalah ketersambungan supaya gangguan internet dan telefon diperbaiki.


Meskipun kemudian, menurut Abun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyatakan kepada beliau bahawa gangguan di kawasan Sg Asap disebabkan oleh penutupan bekalan elektrik berjadual oleh syarikat elektrik Sarawak ke menara pemancar namun Abun berharap agar capaian internet di kawasan berkenaan ditingkatkan kepada 5G.


"Pihak Cabang KEADILAN Hulu Rajang akan sentiasa bekerja sama dengan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia Cawangan Sarawak, supaya masalah ini dapat dipulihkan dan liputan internet di Sungai Asap dipertingkatkan kepada 5G yang terbaik," kata beliau lagi.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page