top of page

Masalah keciciran pelajar pedalaman berjaya dikurangkan - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 23, 2024
  • 1 min read


Kementerian Pendidikan (KPM) berjaya mengurangkan keciciran pelajar di kawasan pedalaman khususnya membabitkan masyarakat Orang Asli.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, kejayaan itu susulan penubuhan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) bagi kemudahan pelajar yang berada di kawasan pedalaman.


"Sekolah K9 dan K11 (penubuhan) adalah komitmen Kementerian Pendidikan (KPM) yang memberikan tumpuan sekolah rendah dan sekolah menengah dalam satu bangunan dan kawasan.


"Kejayaan itu dapat dibuktikan apabila kehadiran murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Permai (JHEOA) K9, di sini mencapai 100 peratus, hasil sokongan ibu bapa dan guru.


"Oleh itu, KPM akan terus memperluas sekolah K9 dan K11 di seluruh negara yang melibatkan anak-anak Orang Asli dan pribumi, agar mereka tidak keciciran pendidikan," katanya dipetik.


Fadhlina sebelumnya hadir ke Program Jelajah Pendidikan MADANI Sekolah Murid Orang Asli di Gua Musang, Kelantan dan mengadakan tinjauan di sekolah tersebut.


Mengenai infrastruktur SK Sri Permai susulan terdapat beberapa bangunan kelas yang lantainya runtuh disebabkan aliran air bawah tanah, beliau berkata perkara berkenaan akan diberi tumpuan dan sekolah itu juga akan diberikan tapak baharu.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page