top of page

Masalah ekonomi, kenaikan harga barang: Ketua Pembangkang kemuka usul ke Dewan Rakyat



Masalah ekonomi berikutan kejatuhan nilai matawang ringgit sehingga RM4.60 berbanding sedollar Amerika Syarikat dan kenaikan harga barang keperluan diusul untuk dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 3 Oktober ini.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghantar notis usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk mendapat giliran dibahaskan.


"Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini membincangkan permasalahan ekonomi yang melibatkan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan parah mata wang negara yang telah menjejaskan kehidupan rakyat dan isu ini teramat memberi kesan kepada rakyat dan negara.


"Ini adalah perkara tertentu berkaitan dengan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit memberi kesan yang besar khususnya kepada rantaian bekalan makanan dan perkhidmatan kepada rakyat. Krisis ini juga berlaku selepas pasca pandemik Covid 19 yang tentu sekali memberi impak khususnya kepada rakyat yang telah terkesan akibat Covid 19 selama 2 tahun


"Ini perkara berkehendak disegerakan kerana kenaikan harga barang yang mendadak dan kejatuhan nilai matawang negara memberi kesan terus kepada rakyta baik jangka pendek dan jangka panjang," kata Anwar di dalam surat berkenaan.


Katanya, perbahasan mengenai perkara tersebut perlu disegerakan kerana kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai mata wang negara telah memberi kesan buruk kepada rakyat.


"Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat," katanya lagi.


Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Rakyat dijadual akan bermula pada 3 Oktober 2022 dan berakhir pada 29 November 2022.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page