top of page

Masalah bekalan gula di Pantai Timur berjaya diatasi



Gangguan bekalan gula paket 1 kilogram (kg) di Kelantan dan Terengganu yang dilapor sebelum ini sudah berjaya diatasi.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata hasil siasatan pihaknya mendapati masalah bekalan itu berpunca dari penutupan sementara kilang gula MSM Malaysia Holdings Bhd di dua lokasi sempena sambutan Aidilfitri.


"Kekurangan (bekalan) di dua negeri ini akibat penutupan sementara kilang MSM di Johor dan Prai sempena Aidilfitri, dan kedua-dua kilang ini telah beroperasi semula pada 25 April tahun ini.


"Pihak penguat kuasa telah dapat mengatasi kekurangan ini di Kelantan dan Terengganu," kata Salahuddin semalam.


Media baru-baru ini melaporkan kegusaran dalam kalangan rakyat Kelantan susulan kesukaran mendapatkan bekalan gula paket satu kilogram (kg) yang didakwa tiada di pasaran sejak 22 April lepas.


Malah ada peniaga kedai makan di Kelantan didakwa menggantikan gula dengan menggunakan susu pekat bagi meneruskan perniagaan berasaskan minuman.

Salahuddin sementara itu menegaskan pihaknya akan bekerjasama rapat dengan dua kilang pengeluar gula tempatan iaitu MSM Malaysia dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) bagi memastikan rantaian bekalan gula sentiasa mencukupi.


Malah beliau menggesa penduduk tidak panik dan tidak terpedaya dengan isu dimainkan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa kemungkinan harga gula akan naik.

"Saya ingin tegaskan bahawa setakat hari ini tidak ada apa-apa keputusan untuk kita menaikkan harga gula seperti yang dimainkan itu.


"Ini adalah jaminan dari KPDN dan rakyat masih dapat membeli bekalan gula pada harga yang ditetapkan hari ini," katanya lagi.


Terdahulu Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail dipetik laporan media berkata pihak kementerian telah mengagihkan 250,000kg gula kepada sejumlah besar pasar raya termasuk pengagihan secara berperingkat kepada pemborong dan peruncit bagi memastikan isu kekurangan bekalan di negeri itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua hari.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page