top of page

Masalah air Kelantan berpunca daripada kelemahan tadbir urus



Masalah bekalan air bersih di Kelantan yang gagal diselesaikan sehingga kini berpunca daripada kelemahan tadbir urus Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.


Bercakap pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog awam Malaysia Madani di UiTM Machang, Kelantan pada Khamis, Nik Nazmi menegaskan kelemahan itu juga diakui dan dimaklumi Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menjawat Menteri Alam Sekitar Dan Air sebelum ini.


Justeru tambahnya, masalah di Kelantan tidak boleh diatasi hanya melalui peruntukan kewangan tanpa menangani kelemahan dalam pengurusan.


"Soal peruntukan memang menjadi sebahagian isu namun perkara utama adalah masalah tadbir urus yang gagal.


"Sebab itu soal peruntukan ini kita boleh bincang namun jika pengurusan dan tadbir urus AKSB tidak selesai, bagilah duit macam mana pun, masalah air di Kelantan tidak akan selesai," katanya.


Nik Nazmi yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan sebelumnya ditanya mengenai kemelut bekalan air yang gagal diselesai Kerajaan Negeri Pas yang mentadbir negeri itu sejak 30 tahun lalu, selain kenyataan pimpinan negeri bahawa Kelantan memerlukan RM7 bilion bagi menyelesaikan keseluruhan masalah air dihadapi.


Katanya berdasarkan kedaaan itu Putrajaya akan melihat komitmen yang ditunjukkan kerajaan Kelantan bagi membolehkan bantuan sewajarnya disalurkan.


"Jika nak kata soal air tidak mencukupi di Kelantan, sebenarnya permintaan air di Kelantan tidak tinggi sebagaimana negeri lain," tambah Nik Nazmi lagi.


Untuk rekod, ketika Pas sebahagian komponen Kerajaan Persekutuan, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tiada masalah air di negeri itu dalam jangka masa 30 tahun ke hadapan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page