top of page

Masa untuk KEADILAN bersatu, bukan menoleh ke belakang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Perbezaan pandangan dalam politik adalah perkara biasa, namun kekuatan sebenar sesebuah parti terletak pada keupayaannya untuk duduk semeja, berbincang dan mencari titik persamaan demi perjuangan yang lebih besar.


Exco Wanita KEADILAN Pusat, Farahida Fauzi sebagai mengulas perkembangan semasa pasca pemilihan KEADILAN yang berakhir minggu lalu mengingatkan parti itu tidak dibina atas satu suara semata-mata, tetapi atas semangat kolektif melawan kezaliman, menolak ketidakadilan dan memperjuangkan nasib rakyat.


"Hari ini, kita berdepan cabaran iaitu menyatukan semula saf perjuangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ini bukan masanya untuk menoleh ke belakang atau mengira siapa lebih layak.


"Kita sedar ada yang kecewa, ada yang rasa tersisih. Namun kita semua pernah bersama-sama di barisan hadapan. Maka jangan biarkan perbezaan kecil memecah-belahkan kekuatan yang kita bina bersama selama lebih dua dekad," katanya dalam kenyataan.


Menerusi kenyataan sama Farahida yang juga Ketua Wanita KEADILAN Cabang Indera Mahkota turut menyeru ahli parti supaya terus menyokong kepimpinan Presiden yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tegasnya, Anwar sudah memikul amanahnya dengan penuh dedikasi dan ahli parti sepatutnya mendukung tindakan berkenaan dan bukan menambah beban berkenaan.


"Beliau bertungkus-lumus memperbaiki kedudukan negara, memulihkan ekonomi, dan menaik taraf kehidupan rakyat. Beliau bekerja siang malam tanpa henti, bukan kerana jawatan tetapi kerana tanggungjawab.


"Ini soal mandat rakyat dan hala tuju negara. Saya ingin tegaskan, ada perbezaan besar antara jawatan dalam parti dan jawatan dalam kerajaan atau kabinet.


"Pemilihan parti dan pilihan raya umum juga adalah dua proses berbeza. Jika masih ada yang tidak faham beza ini, elok difahamkan supaya tidak terus menabur persepsi yang menggelirukan," katanya.


Susulan spekulasi yang timbul selepas peletakan jawatan dua Menteri pada Rabu, Farahida menyeru rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan hubungan sesama parti.


Tegasnya, kini adalah masa untuk kembali kepada asas perjuangan iaitu bersatu, jujur, bekerja serta bersama-sama turun padang bagi menyantuni rakyat sebanyak mungkin.


"Kepada parti lawan, usahlah cuba menangguk di air keruh. Rakyat semakin matang. Politik adu domba dan fitnah tidak lagi diterima," tambahnya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page