top of page

Masa saya jadi menteri sebelum barang naik sudah tubuh jawatankuasa - Anwar



Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipersoalkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengambil waktu yang terlalu lama untuk ditubuhkan.


Menurut Anwar, ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada era 1990an lalu, jawatankuasa kos sara hidup ditubuhkan sebelum harga barang naik, biasanya menjelang musim perayaan dan sebagainya.


"Harga ayam dah naik selama 6 bulan. Sebelum raya Cina, raya puasa ni dah nak masuk raya haji. Minggu lalu baru tubuh jawatankuasa kabinet. Ini kerajaan apa?


"Saya pernah jadi Menteri belas tahun, Menteri Kewangan 8 tahun. Sebelum naik, sebulan sebelum naik, nak raya kita tahu akan naik, terus tubuh jawatankuasa kabinet ke arah itu. Jadi boleh kawal.


"Sekarang dah naik melambung RM13 sekilo ayam baru buat jawatankuasa kabinet. Bangang. Tidak membantu sama sekali masalah rakyat," katanya dalam siri ceramah Jelajah Harapan Selangor, malam tadi.


Justeru beliau mengingatkan rakyat bahawa politik yang baik adalah yang membebaskan manusia daripada penindasan dan kemiskinan.


"Dalam politik ini kita bebaskan manusia, bebas penindasan, bebas kejahilan juga bebas dari tipu helah orang berkuasa.


"Juga bebaskan manusia yang miskin secara bersungguh sungguh," katanya lagi mengupas surah al Balad berhubung kehidupan di kota Mekah di dalam al Quran.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page