top of page

MARDI usahakan kurang kebergantungan import bawang merah



Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap bawang merah import yang tinggi.


Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Zabawi Abdul Ghani dalam satu kenyataan memaklumkan, MARDI sedang giat menjalankan penyelidikan penanaman bawang bagi membantu meningkatkan pengeluaran domestik.


Tambahnya, antara yang ditumpukan adalah penanaman tiga varieti bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2, dan BAW-3 yang dilancarkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu baru-baru ini.


Jelas beliau, pencapaian tersebut adalah hasil daripada kajian pengadaptasian dan penilaian oleh MARDI, melibatkan pengumpulan bahan genetik dari pasaran tempatan, syarikat biji benih dan agensi penyelidikan antarabangsa serta koleksi benih sedia ada hasil kajian terdahulu.


"Secara umumnya, MARDI telah menjalankan beberapa kajian berkaitan bawang bermula tahun 1970-an antaranya melibatkan kajian varieti bawang pada tahun 1974; kajian potensi bawang besar di tanah alluvium atau tanah bris (1993); kajian keperluan nutrien bawang merah di tanah bris (1994) dan kajian bawang merah di tanah gambut (1998).


"Strategi kajian yang telah dijalankan melibatkan pembangunan teknologi pengeluaran bawang merah ke arah peningkatan produktiviti, adaptasi tanaman di tanah rendah, pengurangan masalah perosak, penyakit dan kerosakan lepas tuai serta pengukuhan pemasaran.


"Ia juga melibatkan pengenalpastian dan pengadaptasian varieti bawang yang tahan panas, sesuai dengan cuaca atau agroiklim Malaysia serta meningkatkan kecekapan pengeluaran biji benih dan bawang tempatan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Data Akaun Pembekalan dan Penggunaan Komoditi Pertanian Terpilh Malaysia (2018-2022) menunjukkan Malaysia mengimport bawang merah segar iaitu putih dari India sebanyak 62 peratus, diikuti Natherlands (15 peratus), China (sembilan peratus), Pakistan (lapan peratus), Thailand (dua peratus), Egypt (dua peratus) dan lain-lain negara (dua peratus).


Menurut data tersebut, jumlah import bawang pada tahun 2022 bagi ketiga-tiga jenis (besar, kecil dan putih) berjumlah RM1,578.4 juta), peningkatan sebanyak sembilan peratus dari RM 1,477.6 juta pada 2021.


Terdahulu pada Ogos, Mohamad Sabu menzahirkan harapan agar Malaysia dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan dari negara luar .


Jelasnya, bagi memastikan negara kita terus cukup dan terjamin, Malaysia perlu kembali menjadi negara pertanian sekaligus menjana hasil dengan mengeksport bekalan makanan ke negara lain.


"Setelah 65 tahun Merdeka, negara kita masih lagi bergantung kepada banyak sumber makanan dari luar, kita masih tidak berupaya mencukupkan bekalan makanan kita sendiri. Perkara ini mesti diubah, kita mesti memerdekakan dan kita mesti sama-sama bertekad untuk mencukupkan sumber makanan kita sendiri mulai sekarang.


"Sempena ulang tahun kemerdekaan ke 66, marilah kita sama-sama berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan sumber dan bekalan makanan kita sentiasa cukup dan terjamin untuk semua, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih," katanya dalam satu klip video bersempena sambutan kemerdekaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page