top of page

Marang boleh jadi tapak kebangkitan KEADILAN di Terengganu - Timbalan SUA

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 6
  • 1 min read

Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi ketika merasmikan MATC KEADILAN Marang
Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi ketika merasmikan MATC KEADILAN Marang

Oleh: Azuan Ab Rahman


Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Marang, Terengganu yang diadakan pada Jumaat berlangsung lancar serta mendapat sokongan penuh seluruh anggota cabang.


Timbalan Setiausaha Agung Parti KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad yang hadir ke mesyuarat itu menegaskan kepada ahli bahawa Marang sebagai cabang strategik parti di negeri tersebut.


Justeru kekuatan parti tegasnya perlu digembeleng bermula dari cabang tersebut untuk meruntuh kekuatan Pas di negeri itu.


"Cabang ini penting, Presiden Pas yang menguasai kerajaan Negeri Terengganu adalah Ahli Parlimen Marang.


"Jika cabang ini kuat dan berpadu, tidak mustahil kejayaan KEADILAN Terengganu akan bermula di Marang," katanya menerusi ucapan.


Turut hadir memeriahkan majlis, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu, Dr Zainudin Omar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Terengganu, Sdr Asyraf Zulfadhly serta Ketua Wanita KEADILAN Terengganu, Puan Armila Alias.


Dalam pada itu, Saifuddin menyatakan penghargaan atas iltizam anggota cabang yang sebulat suara bertekad mengikat komitmen untuk bergerak ke hadapan demi memperkukuh kekuatan parti.


Beliau menyatakan harapan agar KEADILAN Terengganu terus maju jaya dan mendapat sokongan padu daripada semua lapisan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page