top of page

MARA mahu lahirkan generasi TVET kuasai asas fardu ain - Dr Asyraf



Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mahu semua institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah agensi itu menekankan asas fardu ain seperti tahsin solat.


Melalui satu hantaran di laman Facebooknya beliau berkata, kerajaan mula mengarusperdanakan dasar TVET, di mana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Justeru pendidikan tentang asas agama perlu dikuasai hampir 100,000 pelajar yang menyambung pengajian di GiatMARA dan Institut Kemahiran MARA (IKM).


"Terkejut saya apabila ada segelintir pelajar apabila diuji syahadah dan solat tunggang-langgang.


"Justeru saya telah meminta Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA untuk mewujudkan jawatankuasa menggubal modul khas agama bagi memantapkan dan memperkasakan asas-asas agama termasuk aqidah dan fardu ain," tulisnya menerusi ruangan komen.

Sementara itu Dr Asyraf turut menjelaskan, MARA turut berhasrat melahirkan generasi TVET yang holistik dan seimbang teradun dengan empat elemen RISE (Religion, Innovation, Skill and Entrepreneurship)


Susulan itu satu modul khas akan ditambah dengan kemahiran asas seperti pengurusan jenazah yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dalam komuniti masyarakat di lokaliti masing-masing.


"Modul ini boleh dimasukkan dalam kurikulum TVET di semua institusi pendidikan Mara seperti GiatMara, Institut Kemahiran Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Malaysian-Japanese Industrial Institute dan German Malaysia Institute," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page