top of page

MARA akan teliti permohonan kuota untuk pelajar Orang Asli



Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal meneliti permohonanan kuota untuk menempatkan anak-anak masyarakat Orang Asli ke dalam Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).


Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata begitu sebagai mengulas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor agar golongan itu diberikan kuota khas memasuki MRSM serta sekolah berasrama penuh (SBP).


"InshaAllah kita akan bincangkan itu semua kerana perkara-perkara ini dilontarkan dalam kongres.


"Ia menjadi satu resolusi sudah tentu sebagai agensi pelaksana (MARA) kita akan laksanakan apa sahaja yang diaspirasikan oleh akar umbi," katanya ketika ditemui pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Terdahulu, Ramli yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat meminta sekurang-kurangnya 5% kemasukan anak Orang Asli ke MRSM.


Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat mendedahkan sehingga kini, golongan itu masih tidak diberikan ruang untuk memasuki MRSM.


Justeru tambahnya, langkah itu suatu perkara penting dalam memastikan golongan Orang Asli terus diperkasa dan tidak lagi ketinggalan.


"Bukalah pintu MRSM kepada kami, satu peratus pun tidak mengapa. Tak dapat satu pun, 0.5 peratus pun boleh. Pastikan Orang Asli juga ada di MRSM. Di SBP juga, tolonglah," katanya.


Sementara itu, Asyraf menegaskan, pihaknya tidak keberatan mempertimbang sebarang perkara yang dibangkitkan pihak berkepentingan melalui Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang diadakan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page