top of page

Maqasid Keamanan penting diarusperdana dalam dunia pasca normal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 6
  • 1 min read

Dr Zulkifli (dua dari kiri) dalam Seminar Maqasid Syariah (SEMASYAR) Peringkat Negeri Pulau Pinang
Dr Zulkifli (dua dari kiri) dalam Seminar Maqasid Syariah (SEMASYAR) Peringkat Negeri Pulau Pinang

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan menggesa agar masyarakat didedahkan ilmu Maqasid Keamanan untuk menghadapi dunia pasca normal yang tidak menentu hari ini.


Hal itu dinyatakan beliau dalam ucaptama sewaktu Majlis Perasmian Seminar Maqasid Syariah (SEMASYAR) Peringkat Negeri Pulau Pinang, baru baru ini.


"Ucaptama kali ini saya mengupas Maqasid al-Shariah dalam konteks era pasca normal. Saya juga cuba membawa gagasan khusus Maqasid Keamanan.


"Saya memetik karya al-Syeikh Ahmad al-Raisuni Maqsad al-Salam fi Syariatil Islam.


"Dalam konteks dunia hari ini yang serba ketidaktentuan dan ketidakstabilan, Maqasid Keamanan ini adalah sangat penting untuk diarusperdana dan dibudayakan dalam kehidupan," katanya dalam siaran media.


Seminar tersebut dirasmikan oleh sahabat beliau, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid yang katanya pernah bersama-sama berkhidmat di sebuah syarikat insurans terkemuka sebagai penasihat syariah sebelum ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page