top of page

Mapim tubuh sekretariat lawan berita palsu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 25, 2023
  • 1 min read


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Selasa melancarkan Sekretariat Anti Fitnah.


Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, penubuhan sekretariat itu bagi memerangi penyebaran maklumat palsu terutama berunsurkan fitnah di media sosial yang dilihat semakin menjadi-jadi.


"Kita turut mengisytiharkan satu deklarasi sempena Seminar Membangun Masyarakat Berbudaya Tabayyun hari ini yang membincangkan tentang pentingnya masyarakat kita ini menjauhi gejala menyebar maklumat palsu dan perkara berunsur fitnah.


"Hal itu menjadi kefahaman tentang apa erti tabayyun dalam al-Quran supaya masyarakat mesti teliti, cermat dan tahu bagaimana kita nak menapis maklumat supaya tidak berlaku kekeliruan," katanya dipetik selepas Seminar Membangun Masyarakat Berbudaya Tabayyun di sebuah hotel, di Alor Setar pada Ahad.


Difahamkan sekretariat itu turut disertai Pertubuhan Sukarela Rakyat Aman (Suara), Inisiatif Madani Rakyat Darul Aman (Imran) dan Tabayyun Media Network turut mengajak masyarakat membasmi fitnah yang didakwa sering tular di media sosial.


Sementara itu tambah Mohd Azmi, penyebaran maklumat palsu berunsur fitnah yang ditujukan termasuk kepada kerajaan sangat membimbangkan dan dikhuatiri menggugat keharmonian masyarakat.


"Kita sangat khuatir dengan banyaknya trend menyebar maklumat palsu melalui media sosial. Masyarakat nampaknya tidak tidak begitu mengambil kisah tentang maklumat yang sebenar.


"Maklumat, contohnya beras tak cukup, tidak merujuk kepada pihak berkuasa dan apa yang dia lontarkan mengakibatkan panik," jelasnya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page