top of page

MAPIM sifatkan resolusi Majlis Keselamatan PBB gagal



Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyifatkan resolusi Jeda Kemanusiaan di Gaza oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) sebagai gagal.


Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya merasa kesal apabila tentera rejim Israel terus meningkatkan serangan terhadap penduduk awam Palestin walaupun resolusi itu telah diluluskan baru-baru ini.


Tambahnya, apa yang berlaku hanya menunjukkan resolusi oleh UNSC itu tidak tegas dan gagal menangani isu utama iaitu sikap Israel yang terus melanggar undang-undang antarabangsa.


"Malah sehari selepas resolusi itu diluluskan, Kementerian Kesihatan di Gaza berkata 166 warga Palestin terkorban, 384 cedera dalam serangan Israel dalam 24 jam lepas.


"Resolusi itu tidak bermakna jika serangan Israel tidak dinoktahkan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Pada Jumaat lepas UNSC meluluskan satu resolusi agar akses kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza dipercepatkan, dijamin selamat dan diperluaskan serta mewujudkan suasana sesuai bagi menghentikan kekejaman.


Sementara itu tambah Mohd Azmi, walaupun resolusi ini mengikat dari segi undang-undang antarabangsa, banyak resolusi Majlis Keselamatan yang mengikat dari segi undang-undang antarabangsa tidak dipatuhi Israel.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page