top of page

MAPIM seru pemimpin Indonesia, Ormas cari jalan selesai krisis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 16 hours ago
  • 2 min read

Kerusuhan di kota kota utama Indonesia amat memprihatinkan dan perlu perundingan kerajaan - Ormas
Kerusuhan di kota kota utama Indonesia amat memprihatinkan dan perlu perundingan kerajaan - Ormas

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyuarakan rasa prihatin terhadap krisis yang sedang melanda Indonesia dan menyeru semua pihak, termasuk kepimpinan pemerintah serta organisasi masyarakat (Ormas), agar segera mencari jalan penyelesaian tuntas demi kepentingan rakyat dan kestabilan rantau.


Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata situasi meruncing kerusuhan di Indonesia bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada rakyat Indonesia, malah turut menjejaskan keharmonian serantau.


"Indonesia sebagai negara umat Islam terbesar dengan kepelbagaian etnik, agama, dan budaya mempunyai keupayaan untuk menangani sebarang cabaran, selagi kepimpinan pemerintah dan seluruh kekuatan masyarakat madani (Ormas) dapat bertindak dengan bijaksana, berjiwa besar dan berorientasi penyelesaian," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid

MAPIM menegaskan empat prinsip utama yang perlu diberi perhatian dalam menangani krisis berkenaan iaitu, Kepentingan rakyat mesti diutamakan; Ormas Islam perlu menjadi jambatan perundingan; Penyelesaian tuntas hanya boleh dicapai melalui dialog dan musyawarah nasional; dan Rantau ASEAN harus menunjukkan solidariti kerana kestabilan Indonesia menjamin keamanan serantau.


Mohd Azmi turut menyeru pemerintah Indonesia supaya “membuka ruang seluasnya untuk proses perdamaian yang adil dan inklusif”, manakala peranan ormas pula perlu digerakkan untuk mengangkat nilai maslahat umat dan negara sebagai keutamaan.


"Kami percaya dengan semangat ukhuwah Islamiyah, kebijaksanaan pemimpin, dan kesungguhan rakyat Indonesia, krisis ini dapat diatasi dengan penyelesaian yang berkeadilan, lestari, dan memberi masa depan yang lebih baik untuk seluruh warganya," katanya lagi.


Krisis di Indonesia meruncing sejak 25 Ogos lalu apabila rakyat membantah kerajaan meluluskan kenaikan cukai tanah dan bangunan (PBB-P2) sehingga 250% di Pati, Jawa Tengah.


Biarpun kerajaan akur, tetapi isu berlanjutan ke kota besar lain termasuk Jakarta dan Medan.


Selain itu, rakyat tidak puas hati mengenai 580 anggota parlimen menerima elaun perumahan 50 juta rupiah (RM15,400) sebulan sejak September 2024.


Kerajaan setuju membatalkan elaun tersebut hujung tahun ini.


Bagaimanapun, kecelakaan yang menimpa seorang penunjuk perasaan dirempuh kenderaan polis dan meninggal dunia menyebabkan kebangkitan rakyat menjadi rusuhan besar merosakkan harta benda sejak beberapa hari lalu.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page