top of page

MAPIM lancar kempen bantuan musim sejuk Gaza

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
6 hours ago
1 min read
Azmi (kanan) melancarkan Kempen Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Gaza 2026. Kredit foto: Sinar Harian
Azmi (kanan) melancarkan Kempen Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Gaza 2026. Kredit foto: Sinar Harian

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melancarkan Kempen Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Gaza 2026 untuk membantu rakyat Palestin yang bakal berdepan musim sejuk.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid menjelaskan, situasi penduduk di Gaza dijangka semakin genting apabila musim sejuk tiba serentak dengan bulan Ramadan pada Februari depan.


Menurutnya, kempen menyasar sumbangan minimum RM5 juta dengan penghantaran fasa pertama akan digerakkan secepat mungkin.


"Tempoh kempen dirancang sehingga April atau Mei depan. Penghantaran fasa pertama dijangka bermula hujung Oktober ini dengan jumlah awal RM200,000.


"Ia diikuti pertengahan November, Januari, Februari hingga April secara berperingkat sehingga mencapai sasaran minimum RM5 juta," katanya dipetik laporan media.


Menurut Mohd Azmi, bantuan yang bakal disalurkan merangkumi bekalan makanan, pakaian musim sejuk, ubat-ubatan, keperluan kanak-kanak, khemah dan air bersih.

Bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara efisien dan tanpa sekatan, Mapim merangka beberapa kaedah agihan.


"Antaranya ialah menyalurkan dana tunai secara terus kepada rakan kerjasama berdaftar di Gaza yang mempunyai rekod serta disiplin pelaporan yang baik.


"Mapim turut bekerjasama dengan NGO tempatan di Gaza serta berunding dengan agensi antarabangsa seperti Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), Bulan Sabit Merah dan Médecins Sans Frontières (MSF)," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page