top of page

Mapim gerak program budayakan al-Quran di Parlimen Tambun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 13, 2024
  • 1 min read


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bakal menggerakkan Program Semaran Malaysia Cinta Al-Quran.


Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, program itu merupakan usaha membudayakan al-Quran dalam kehidupan dan bertujuan membangunkan masyarakat berkualiti selaras dengan konsep masyarakat madani yang menjadi agenda Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Kami berpendapat bahawa pembinaan masyarakat yang baik itu mestilah berlandaskan al-Quran. Jadi kita telah mengaitkan bahawa program ini selaras dengan agenda negara untuk kita menguatkan sahsiah ataupun keperibadian masyarakat.


"Program ini akan menjadi titik tolak untuk kita mengembangkan pendidikan al-Quran dalam erti kata membaca dan memahami al-Quran," katanya dipetik


Mohd Azmi berkata begitu selepas Majlis Pelancaran Modul Tadabbur Quran dan Serahan Quran Perkata di Kompleks Pendidikan Baitul Ridzuan di Ipoh.


Hadir sama Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad


Menurutnya, program tersebut akan dilaksanakan bersama modul Tadabbur al-Quran yang berpandukan kepada Tafsir al-Quran Perkata untuk rujukan.


Ia akan dimulakan secara berperingkat di masjid-masjid terpilih di dalam kawasan Parlimen Tambun sebelum diperluaskan ke kawasan Parlimen lain.

"Dalam tempoh tiga bulan pertama ini akan menunjukkan kepentingan program ini. Kita akan menjemput ahli-ahli Parlimen yang berminat untuk datang dan memahami bagaimana ia dilaksanakan dan kita mengharapkan mereka juga akan tertarik untuk mengikut model yang dibuat.


"Bermula di Perak, inshaAllah ia akan diperluaskan ke negeri-negeri lain yang berminat untuk melaksanakannya," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page