top of page

Mantapkan mutu filem Malaysia: Menteri KKD bertemu penggiat seni



Mutu perfileman Malaysia perlu dimantapkan agar setanding dengan negara Asia lain, khususnya jiran terdekat Indonesia.


Untuk itu Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil bertemu penggiat seni perfileman malam tadi dan meluangkan masa selama 4 jam untuk sesi soal jawab.

Salah seorang penggiat filem tempatan bertanya soalan

"Meneruskan siri sesi town hall bersama pemegang taruh agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital. Malam ini saya meluangkan hampir 4 jam untuk menjawab lebih 100 soalan daripada rakan-rakan dalam industri perfileman.

"Saya bersama pihak Finas dan KKD akan teliti semua perkara berbangkit terutama melibatkan isu kebajikan dalam industri," katanya.


Fahmi berharap filem Malaysia akan mendunia pada suatu masa dan mampu memberi limpahan kemakmuran kepada penggiat industri tersebut.


"Saya percaya semua hadirin malam ini ingin melihat kemajuan dalam industri perfileman negara, inshaAllah kita usahakan yang terbaik," katanya lagi.


Program tersebut turut dihadiri Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Kamil Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim yang turut bertindak sebagai ahli panel.


Sesi tersebut dikendalikan pelakon dan pengacara, Nazrudin Habibur Rahman


Sesi dua hala kira-kira tiga jam yang dihadiri lebih 400 penggiat industri filem itu menyaksikan Fahmi, Kamil dan Md Nasir mendengar pelbagai isu berkaitan sektor kreatif serta keluhan anak seni.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page