
Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Mohamad Nazri Ismail yang memegang jawatan mulai 2011 hingga 2014 kembali ke rahmatullah sekitar pukul 7.10 pagi tadi.
Beliau dilaporkan berjuang melawan Covid 19 dan ditidurkan sejak 3 hari lalu.
Jawatan terakhir allahyarham dalam KEADILAN Johor adalah, Naib Ketua Cabang Iskandar Puteri dan merupakan Penyelaras KEADILAN DUN Benut.
Allahyarham bergiat aktif dalam perjuangan KEADILAN sejak 20 tahun lalu dan antara tenaga penggerak utama parti di Johor.
Oleh kerana seluruh anggota keluarga Allahyarham telah terjangkiti Covid 19 maka sekiranya sesiapa ingin membantu bolehlah disalurkan ke akaun bank: 7043039156 CIMB atas nama Juliah binti Suleiman.
Comments