top of page

Mantan Ahli Parlimen Batu Pahat meninggal dunia

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 21, 2022
1 min read


Mantan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Idris Jusi meninggal dunia petang ini dan jenazahnya sembahyangkan di Masjid Amaniah, Kepong, Kuala Lumpur.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus ucapan takziah di atas pemergian beliau yang telah menyumbang bakti dalam KEADILAN negeri Johor.


"Menerima khabar duka, sahabat lama saya yang juga mantan Ahli Parlimen Batu Pahat dan pimpinan ABIM, Datuk Mohd Idris Jusi telah meninggal dunia.


"Saya utuskan salam takziah kepada keluarga. Semoga mereka tabah menempuh dugaan ini


"Moga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," kata Anwar dalam catatan di Facebooknya.


Allahyarham Idris Jusi merupakan mantan pimpinan WADAH, ABIM, PKPIM.


Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Biro Tata Negara sebelum menjadi calon KEADILAN


Idris menang menewaskan Datuk Mohd Puad Zarkashi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 untuk menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page