top of page

Mantan ADUN Semerah ucap terima kasih kepada pengundi



Mantan ADUN Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar mengucapkan terima kasih di atas sokongan pengundi dan penduduk DUN Semerah sepanjang beliau berkhidmat selama 4 tahun sebagai wakil rakyat.


"Alhamdulillah, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 15 telah pun melabuhkan tirainya. Di sini, saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengundi di DUN Semerah yang telah mengundi saya serta semua jentera parti juga sukarelawan yang telah berkerja sepanjang 14 hari berkempen demi perjuangan untuk masa depan rakyat.


"Akhir kata saya memohon maaf kepada semua penduduk dalam DUN Semerah jika ada tersalah perbuatan juga terkasar bahasa sepanjang saya berkhidmat kepada anda semua," katanya.


Khuzzan tewas kepada calon Umno dalam PRN Johor semalam. Bagaimanapun beliau telah menyumbang yang terbaik di kawasannya dengan menyelesaikan isu tekanan bekalan air rendah, insfrastruktur asas dan lain lain.


Untuk rekod, Khuzzan dilantik sebagai anggota exco sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan di Johor bermula 2018 - 2020 lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page