top of page

Mansuhkan pencen ahli politik: Cerminan kepimpinan melalui tauladan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 4, 2024
  • 1 min read


Konsep kepimpinan melalui tauladan telah dipopularkan pada era 1980an ketika pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad, namun pelaksanaan konsep itu kelihatannya hanya mampu direalisasikan pada era pentadbdiran PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Haziq Azfar, kenyataan yang dikeluarkan Anwar baru baru ini bahawa lantikan politik termasuk Menteri dan wakil rakyat turut tidak akan menerima pencen merupakan tauladan baik yang boleh dicontohi oleh kakitangan awam.


"Kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Sdr. Anwar Ibrahim terkait persetujuan secara prinsip untuk memasukkan ahli politik dalam cadangan pelaksanaan pemansuhan pencen disambut baik sebagai solidariti pimpinan politik untuk turut serta mengurangkan beban kewangan negara dan membantu Kerajaan mengurus kewangan secara berhemah.


"Perbincangan terkait pemansuhan pencen yang cukup mewah buat ahli politik telah lama menjadi polemik dan kini ditamatkan dengan keputusan Kerajaan Perpaduan yang nyata mempunyai iltizam yang sangat tinggi.


"Hal paling besar terhadap pelaksanaan pemansuhan pencen untuk ahli politik adalah supaya pimpinan politik turut menjalani kehidupan sama seperti rakyat biasa, di samping mencerminkan pemakaian keputusan dan dasar Kerajaan terhadap semua golongan tanpa mengira darjat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Haziq, tindakan yang bakal dilaksanakan oleh pentadbiran Anwar itu merupakan julung kalinya kepimpinan kerajaan Malaysia melakukan hal yang seiring dengan bawahan mereka dalam perkhidmatan awam, dan tanpa ada pihak yang merasa dirugikan.


"Kenyataan Sdr. Anwar juga selain membuktikan perilaku 'bercakap serupa bikin', hal ini turut menjadi tamparan hebat terhadap sesetengah figura politik yang bersuara berkaitan pencen ahli politik hanya selepas kehilangan kuasa, tetapi berpeluk tubuh sewaktu di pundak kuasa," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page